Friday, 6 April 2018

PPBM DIBUBAR ROS KERANA KESILAPAN PEMIMPIN PPBM SENDIRI


Pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membuktikan bahawa parti PPBM adalah sebuah parti yang gagal diurus dengan baik oleh pemimpin-pemimpinnya walaupun ada di kalangan mereka yang mempunyai pengalaman besar dalam politik.

Kegagalan parti menguruskan perkara asas bagi memenuhi syarat-syarat urus tadbir parti menyebabkan ROS mengambil tindakan membubarkan parti tersebut buat sementara berkuat kuasa 5 APR 2018 selama 30 hari.

Sebab-sebab arahan pembubaran sementara ini adalah atas 4 sebab ini;

1. Gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan [MAT] yang sepatutnya diadakan pada 8 SEP 2017;

2. Gagal mengadakan MAT di peringkat Cawangan, Bahagian dan Negeri serta mengemukakan Minit Mesyuarat Agung kepada Pendaftar Pertubuhan [ROS]

3. Sebanyak 257 perwakilan yang hadir dalam MAT Pusat adalah perwakilan tidak sah kerana telah dipecat, keluar parti ataupun tidak berdaftar sebagai ahli; dan

4. Sebanyak 426 aduan diterima oleh ROS berhubung perlanggaran Perlembagaan PPBM.

Justeru, jangan cuba untuk menuding jari kepada pihak lain sebaliknya semua pihak perlu akur dengan keputusan ini dan menerima keputusan ini. Jelas di sini tindakan pembubaran sementara parti ini adalah atas sebab kesilapan pemimpin PPBM itu sendiri.

Keputusan ini bukannya berpunca daripada salah guna kuasa di pihak ROS, sebaliknya ia jelas disebabkan kelemahan tadbir urus para pemimpin parti.

ROS dalam kenyataan hari ini mengumumkan pembubaran PPBM berdasarkan Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 selepas parti tersebut gagal menyerahkan lima dokumen berkaitan pendaftarannya kepada jabatan tersebut.

Kegagalan parti menubuhkan cawangan parti menonjolkan kepincangan kepemimpinan parti dalam memahami perlembagaan sendiri. Kalau sudah tahu mereka tidak mampu untuk menubuhkan cawangan, mengapa dimasukkan klausa tersebut dalam perlembagaan?

Sendiri buat silap sendiri tidak mahu mengaku kesilapan sendiri. Pendek kata, pembubaran yang berlaku atas parti ini sebenarnya adalah kesilapan pemimpin parti itu sendiri, kini PPBM sendiri terpaksa menanggung akibatnya.




No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...