Thursday, 18 January 2018

INSIDEN TAMPAR POLIS FARID KAMIL, JIKA ANAK JANTAN "PULANG KEMBALI" ANUGERAH DATUK YANG DITERIMANYA!


Negara kita telah disensasikan dengan insiden seorang artis Malaysia dan penyokong kuat Dr Mahathir iaitu Farid Kamil yang telah menampar seorang anggota Polis dan orang awam ketika membuat laporan kemalangan di sebuah Balai Polis di Petaling Jaya. 

Farid Kamil kini dihadapkan dengan 4 pertuduhan, termasuklah mendatangkan cedera dan menggunakan kekerasan jenayah pada anggota polis dan orang awam. Beliau juga didakwa berkelakuan tidak senonoh. Namun Farid mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM12,000. 

Di samping itu juga, semua orang tahu bahawa Farid Kamil juga baru menerima anugerah 'Datuk' dari Kerabat DiRaja Pahang baru-baru ini bersama artis Aaron Aziz. Isu Farid Kamil ini telah menyebabkan Pemangku Raja Pahang berasa duka cita terhadap perkara ini kerana ia sedikit sebanyak telah menyebabkan penganugerahan Datuk kepada Farid Kamil tercemar.

Sebagai reaksi balas kepada insiden berkenaan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata “terpulang” kepada artis tersebut untuk memulangkan anugerah tersebut. Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik.

Tanpa menyebut nama, pemangku Raja Pahang berasa dukacita dengan tindakan pelakon itu yang dituduh menampar polis dan menendang orang awam.

Menurut Kerabat Diraja berkenaan, semua individu yang mendapat gelaran Datuk telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk layak memakai gelaran itu. Difahamkan Kerabat Diraja Pahang itu sangat dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

Namun, baginda enggan menghukum mana-mana invidu yang dianugerahkan pingat, sebaliknya menyifatkan mereka sebagai “tersalah langkah” tetapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik. 

Pendek kata, semua pihak yang menerima gelaran Datuk perlulah menjaga tingkah laku mereka kerana mereka juga merupakan contoh dan ikon kepada rakyat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tingkah laku buruk padahnya!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...