Isu calon Perdana Menteri Pakatan Harapan terus menjadi topik hangat apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih menjadi calon PM ke-7 andai kata menang dan diberi mandat pada pilihanraya umum ke-7 nanti.
Suara-suara bantahan dan kritikan mula melimpah khususnya dari kalangan pemimpin parti PKR seperti Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Zuraidah Kamaruddin, Tian Chua, Hizwan Ahmad dan ramai lagi yang tidak menyenangi keputusan yang dibuat Pakatan Harapan malah bekas pemimpin PKR iaitu, Datuk Ezam Mohd Nor turut tidak bersetuju dengan pemilihan tersebut.
Jelas di sini keputusan itu mengambarkan ketidakmampuan Pakatan Harapan untuk menamakan calon sendiri sebaliknya hanya mampu memilih calon kitar semula yang pernah memerintah negara mengikut acuannya sendiri selama 22 tahun.
Pakatan Harapan seolah-olah berada dalam kepompong politik 'sarkas' yang hanya menimbulkan tanda tanya buat rakyat di negara ini. Ini kerana Pakatan Harapan seolah-olah tidak mempunyai calon pemimpin segar yang boleh diangkat sebagai calon perdana menteri yang baru dari kalangan mereka.
Sudah pasti keputusan ini sukar diterima segelintir besar penyokong Reformasi 98 yang selama ini memperjuangkan perjuangan mereka menolak Dr Mahathir kerana kekejaman corak pemerintahan di zamannya dulu yang membunuh karier politik Anwar Ibrahim.
Kini, keputusan ini sekali lagi memberi tamparan hebat buat PKR yang hanya memperlihatkan kelemahan Pakatan Harapan amnya dan PKR khususnya. Kegagalan Pakatan Harapan melantik pemimpin yang berkebolehan daripada komponen parti Pakatan Harapan jelas menunjukkan bahawa Pakatan Harapan sudah ketandusan pemimpin.
Malang buat Pakatan Harapan, kerana mengambil langkah dan keputusan keterbelakang ini diambil untuk melantik Dr Mahathir musuh mereka suatu ketika dahulu untuk mengetuai jentera politik mereka! Dengan pemilihan Dr Mahathir ini, maka perjuangan PKR hanya sia-sia sahaja. Kini Dr Mahathir perdana menteri ke-4 yang dulu mereka benci bakal jadi perdana menteri semula mereka sudah berjaya menguasai PKR.
No comments:
Post a Comment