Polisi ekonomi yang diguna pakai pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai tidak mencapai hasrat sebenar dalam membantu masyarakat Melayu untuk meningkatkan taraf hidup mereka ketika itu.
Polisi Dr. Mahathir lebih mesra kroni apabila projek-projek kerajaan diberikan kepada kroni-kroni dan anak beranaknya. Lihat saja kekayaan kroni-kroni Dr. Mahathir seperti Vincent Tan, YTL dan sebagainya. Anak-anak Dr. Mahathir juga kaya raya dan disenarai jutawan terkaya di Malaysia.
Tidak mustahil tindakan ini telah menyebabkan masyarakat Melayu terpinggir, sekali gus agenda untuk memperkasakan ekonomi Melayu dilupakan. Ini kerana polisi ekonomi Dr. Mahathir lebih menumpukan pada melahirkan jutawan serta globalisasi ekonomi dan bukannya memperkasakan golongan yang berpendapatan rendah dan bangsa Melayu.
Berbeza pula apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah, beliau terpaksa membetulkan krisis yang dicipta oleh Dr. Mahathir itu dengan mengembalikan pelaksanaan dasar pengstrukturan semula ekonomi bumiputera dalam Model Ekonomi Baharu (MEB). Jika Dr. Mahathir berkuasa kembali, tidak mustahil beliau akan mengembalikan polisi ekonomi yang beliau idam-idamkan untuk kepentingan kroninya dan anak-anaknya.
No comments:
Post a Comment