Monday, 15 January 2018

SEBELUM INI ISU MASYARAKAT BUGIS DIHINANYA SEBAGI LANUN, TERKINI DR MAHATHIR PERLEKEH MASYARAKAT MELAYU TAPI LUPA DIA SENDIRI MANJAKAN ANAK-ANAKNYA SEHINGGA TIDAK BOLEH BERDIKARI




Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad memperlekehkan sendiri masyarakat Melayu apabila menganggap budaya kaum itu penyebab mereka ketinggalan.

Menurut Dr Mahathir, kaum Melayu tidak komited, tidak rajin, kadangkala kurang amanah dan sering mencari jalan mudah. Tindakan mempertikai dan memperlekehkan masyarakat Melayu ternyata melampaui batas.

Sepatutnya Dr Mahathir meneliti dahulu perkara ini sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai masyarat Melayu. Beliau sebenarnya melihat perkara ini tanpa mengkajinya dahulu. Tidakkah Dr Mahathir tahu bahawa kekayaan masyarakat di negara ini termasuk orang Melayu yang turut tersenarai sebagai jutawan.

Orang Melayu perlu terus dibimbing supaya maju dalam pelbagai aspek bukannya diperlekehkan sebagaimana Dr Mahathir lakukan. Kalau orang Melayu malas tidak mungkin anaknya , Tan Sri Mokhzani Mahathir juga turut tersenarai antara jutawan di negara ini.

Oleh yang demikian kita perlu berfikir secara logik sebelum bercakap. Bimbing lah orang-orang Melayu yang berpotensi untuk berjaya, bukannya terus menyalahkan dan membiarkan mereka kerana tindakan ini sedikit sebanyak akan membantu memartabatkan masyarakat Melayu.




No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...