Dulu semasa menang PRU-12 Nizar Jamaluddin masih di dalam PAS dan bangga dengan perjuangan palsunya kerana kononnya bekerja untuk menegakkan syiar Islam dan ummah.
Tapi sebaliknya, dia kini menjadi orang yang paling tidak suka perjuangan PAS dan menjadi orang tengah kepada parti DAP bagi melemahkan perjuangan PAS dan seterusnya cuba merompak undi Melayu di kawasan yang PAN dan DAP tandingi.
Minggu lepas juga kecoh dalam Malaysiakini yang menyatakan Nizar mencari tempat selamat untuk bertanding pada PRU-14 akan datang. Katanya dia mahu bertanding di kawasan bandar yang lebih ramai pengundi Cina di sana.
Melihat sentimen ini, Nizar sebenarnya takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Kalau dia benar jujur dan ikhlas mahu berpolitik demi menjaga kebajikan rakyat, dia sepatutnya kekal bertanding di Changkat Jering dan Bukit Gantang.
Adakah selama dia berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan ADUN di sana tiada satu pun jasa dan baktinya kepada rakyat? Jika tiada memang layaklah tempat Nizar diganti dengan wakil rakyat yang tahu menghargai pengundinya dan juga pandai buat kerja dari hanya tahu membodek DAP serta lompat parti.
Sejarah penderhakaan Nizar kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah masih rakyat ingati lagi. Seterusnya peristiwa pemberian tanah yang terlalu luas kepada Sekolah Cina dan pajakan tanah selama 999 tahun kepada penduduk kampung baru Cina adalah sesuatu pengkhianatan kepada penduduk Melayu Perak.
No comments:
Post a Comment