Mengapa kelibat gila kuasa pembangkang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Lihat saja kerabat keluarga dinasti Lim, dinasti Dr mahathir dan dinasti anwar mempelopori politik tanah air bahkan di dalam pakatan harapan itu sendiri. Sifat ini menampakkan sikap tamak dan gila kuasa mereka untuk mengejar kepentingan peribadi mereka bagi mendapatkan pengaruh dan kuasa di Malaysia.
Mengapa perlu mereka jadi tamak dan gila kuasa? Sudah tentu ada agenda mereka yang cuba mereka kecapi jesteru ini satu keluarga berkecimpung dalam politik di Malaysia! Kini politik negara seolah menjadi milik keluarga mereka. Lim Kit Siang dengan anaknya Lim Guan Eng, Dr Mahathir dengan anaknya Mukhriz Mahathir, dan Anwar Ibrahim bersama isteri Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah semuanya menguasai parti mereka sendiri dalam DAP, PPBM dan PKR. Semua ini atas nama mahukan kuasa dan pengaruh.
Tidak puas dengan penglibatan dalam politik negara ada juga di antara pemimpin dinasti keluarga ini yang mahu terus menjadi Perdana Menteri semula dan ada yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Lihat saja Perhimpunan Agung PPBM yang berlangsung baru-baru ini yang hanya membincangkan usul untuk menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, sekali gus memperlihatkan matlamat gila kuasa mereka.
Dalam kongres PKR ke-12 tahun lepas, PKR juga mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-7, apatah lagi dengan DAP yang juga mahu memecahkan tradisi untuk menjadi perdana menteri bukan Islam di Malaysia kerana Dr Mahathir pernah menyuarakan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi perdana menteri di Malaysia termasuk dari parti DAP!
No comments:
Post a Comment