Bila dengar ceramah Mahathir di dalam Forum Bicara Wawasan 2020 yang gagal dikecapinya itu, Mahathir seolah-olah mahu mengkambing hitamkan kaum Melayu yang suatu masa dahulu pernah dipimpinnya selama 22 tahun semasa menjadi Perdana Menteri.
"ORANG MELAYU TIDAK SUKA BEKERJA KERAS, ADA KETIKANYA MEREKA INI JUGA TIDAK BOLEH DIPERCAYAI"
Perbandingan yang dibuat dengan negara maju seperti Jepun amat terkebelakang dan dilihat amat dangkal. Jika perbandingan dan seruan tersebut dilakukan Mahathir 20 tahun yang lepas semasa Wawasan 2020 itu dilancarkan, mungkin sekarang kita akan dapat melihat hasilnya.
Namun itu semua tidak terjadi kerana Wawasan 2020 hanya diperingkat retorik sedangkan rakyat tidak diberi pendidikan yang sempurna dan ekonomi negara masih diperingkat terkebawah dan lemah.
Malaysia di bawah pentadbiran Dato Seri Najib Abd Razak sedang memainkan peranan sebagai sebuah negara yang berpengaruh di peringkat dunia. Kerjasama perniagaan dan perdagangan sering menjadi matlamat utama lawatan Perdana Menteri jika beliau ke luar negara.
Cara pemikiran rakyat juga sudah diubah sedikit demi sedikit dan sekarang kita dapat lihat jutawan dan hartawan yang timbul bagai cendawan. Namun pada masa yang sama pihak yang tidak berkemampuan dan kurang bernasib baik tidak dilupakan dengan mewujudkan dasar yang boleh membantu rakyat dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara.
Pada zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri hanya anak-beranak dan kroninya sahaja yang kaya raya dan diberi hak keistimewaan kelas pertama berbanding rakyat marhaen.
No comments:
Post a Comment