Kerajaan DAP Pulau Pinang terus dipersoal berkenaan dengan pembangunan infrastruktur di negeri berkenaan. Isu terowong dasar laut dan projek jalan utama ini menimbulkan banyak persoalan kepada rakyat.
Mengapa sehingga kini belum ada tanda-tanda permulaan kerja-kerja pembinaan tiga lebuh raya yang dirancang di negeri ini yang sepatutnya sudah bermula pada 2014.
Penangguhan beberapa kali projek itu menimbulkan tanda-tanya kerana kajian reka bentuk terperinci sudah siap selain pembayaran sebanyak RM208 juta juga sudah dibuat.
Persoalan timbul sama ada konsortium projek tersebut berdepan masalah melantik kontraktor pelaksana setelah Beijing Urban Construction Group (BUCG) menarik diri dan tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam konsortium tersebut.
Sebaliknya rakan kongsi utama Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. sekarang adalah hanya sebuah syarikat pembuatan pakaian yang tiada pengalaman atau rekod dalam projek pembinaan berskala besar.
Selain itu, satu lagi masalah yang timbul di sini di mana iaitu sudahkah Kerajaan DAP Pulau Pinang melaksana dan menyelesaikan pengambilan balik tanah-tanah yang terlibat dengan cadangan jajaran jalan-jalan berkenaan.
Sekiranya proses itu belum dilaksanakan atau diselesaikan, kerja-kerja pembinaan jalan-jalan tersebut tidak dapat dimulakan sekali gus menimbulkan persoalan sama ada kerajaan negeri benar-benar serius untuk melaksanakan projek tersebut atau sebaliknya.
Ternyata Kerajaan DAP hanya lah sebuah kerajaan yang hanya pandai berkata-kata. Projek-projek Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang hanyalah indah dari khabar dan rupa-rupanya projek mereka satu habuk pun tiada.
Jika dibanding dengan Kerajaan BN, projek Lebuhraya PAN BORNEO sudah berjalan dan beberapa projek jalanraya turut disiapkan antaranya seperti RAWANG-BYPASS.
Kredibiliti Kerajaan DAP ini semakin dipertikaikan dari masa ke semasa kerana mereka gagal melaksanakan tugas mereka.
No comments:
Post a Comment