Hari demi hari, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad terus mencetuskan kontroversi politik demi untuk mendapatkan publisiti murahannya. Jelas di sini tindakan Pengerusi Pakatan Harapan itu seperti sudah hilang kewarasan dan dilihat tidak sesuai lagi berpolitik.
Kini giliran PAS Melaka pula mengecam tindakan Dr Mahathir susulan tuduhan keras Pengerusi Pakatan Harapan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat berikutan langkah parti itu untuk bertanding sendirian dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Malah menurut pemimpin PAS Melaka, tuduhan tersebut menggambarkan Dr Mahathir sebagai seorang yang sudah kekeringan idea politik. Tindakan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Dr Mahathir sudah hilang kewarasan dan tak sesuai berpolitik dalam usia yang begitu lanjut. Dr Mahathir sudah kekeringan idea besar untuk politik dan terpaksa menggunakan cara jijik untuk berpolitik.
Pendek kata, Malaysia akan rugi andai kata individu seperti Dr Mahathir masih berpolitik. Ini bukan kategori pengalaman politik tetapi ia berkaitan 'kesejukan idea' di mana Dr Mahathir sudah lapuk idea. Sebelum ini beliau melabel orang Bugis sebagai lanun perompak, kini pula melabel pemimpin nombor 1 PAS sebagai pengkhianat dan kafir.
No comments:
Post a Comment