Wednesday, 17 January 2018

DAP TIDAK AKAN BERI LALUAN MUDAH KEPADA TUN M UNTUK MENANG


Bekas Setia­usaha Organisasi DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, DAP tidak akan memberi kerusinya kepada Dr. Mahathir kerana parti itu lebih suka sekiranya beliau bertan­ding di kawasan Melayu.

Menurut beliau, DAP lebih suka keadaan itu kerana akan membuatkan orang Melayu bergaduh sesama sendiri dan menguntungkan DAP.

Jika Dr. Mahathir kalah, maka sampai sini sahajalah pera­nan beliau, kalau menang pun, maka beliau harus dengar dan patuh arahan DAP.

Menurut Razali lagi, sekiranya mereka memberi Dr. Mahathir kerusi ‘selamat’ mereka, secara automatik kerusi itu menjadi tidak selamat kerana DAP bertanding di kawasan majoriti kaum Cina.

DAP sebelum ini telah mendoktrin seluruh kaum Cina di Malaysia dengan pelbagai gelaran keji dan hina kepada Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dulu.

Jadi belum tentu Dr. Mahathir ‘selamat’ untuk menang apabila bertanding di kubu kuat DAP. Pertandingan 3 penjuru dan juga sabotaj dari pihak dalaman juga perlu diambil kira sebelum mereka meletakkan mantan PM tersebut di kerusi selamat DAP.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...