‘The Dictator’ itu adalah istilah terbaik buat Dr Mahathir Mohamad yang telah berkuasa sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Oleh itu, tidak mengejutkan kita semua bila Dr. Mahathir memberi reaksi balas kepada istilah The Dictator yang diberikan padanya!
Dengan tidak segan silu, Dr Mahathir memberi jawapan ini sebagai tindak balas isu diktaktor ‘jadi teruskan menggelar saya diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik, dan menjadi terlampau kaya melalui rasuah. Ini adalah benar, sebenar-benarnya, tiada lain melainkan benar’.
Perlu diingatkan di sini, yang sebenarnya mereka yang menggelar ‘Mahathir diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik dan kini menjadi terlampau kaya melalui rasuah’ adalah mereka yang berada dalam Pakatan Harapan.
Dr Mahathir mungkin lupa suatu perkara penting bahawa mereka itu kini adalah sekutu dan rakan politiknya sekarang atau tidak tahu perkara ini.
No comments:
Post a Comment