Tuesday, 2 January 2018

DULU MAHATHIR SUMBAT ANWAR KE DALAM PENJARA, SEKARANG NAK BEBASKAN ANWAR




Sebelum ini Mahathir pernah mengakui pendiriannya terhadap isu liwat Anwar Ibrahim akan berubah-ubah mengikut keadaan semasa politik. Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik dan peribadi beliau semata-mata. Sekarang ini Mahathir mengaku Anwar tidak bersalah malah beria-ria mahu membebaskan Anwar di dalam penjara. 

Bagi kita semua ini bukanlah perkara yang mengejutkan atau mustahil kerana Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan PKR bagi menumbangkan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional. Mahathir akan menggunakan apa juga kaedah dan pendekatan cuci tangan terhadap semua kesalahan dan kesilapan yang beliau lakukan selama ini yang kononnya ia bukan berpunca daripada Mahathir tetapi berpunca daripada orang lain. 

Pemecatan Anwar daripada jawatannya Timbalan Perdana Menteri dan salah laku seks liwat bukan salah Mahathir, sehinggakan Anwar dijatuhkan hukuman penjara juga bukan salah Mahathir. 

Mahathir beria-ria mahu membebaskan Anwar Ibrahim untuk menumbangkan dan menjatuhkan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional. Mahathir memerlukan sokongan yang padu dan kuat daripada PKR dan DAP untuk mencapai matlamat dan agenda politik beliau. Itu yang Mahathir sanggup pakai lencana Bebas Anwar. Ini semua agenda politik Mahathir. 

Kesimpulannya Mahathir jilat semula apa yang pernah Mahathir katakan sebelum ini terhadap Anwar. Ini semuanya sanggup dilakukan untuk melihat Muhkriz jadi Perdana Menteri dan seterusnya mendapat sokongan PKR dan DAP terhadap PPBM parti bunga layu di pusara ini.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...