Wednesday, 24 January 2018

SHAFIE APDAL, PRESIDEN WARISAN SABAH TELAH GURIS HATI 3 JUTA ANGGOTA RELA


Baru-baru ini tular di laman sosial, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Presiden Parti Warisan Sabah ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah, dilihat mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela yang didakwanya tidak mahir mengendalikan senjata api untuk penugasan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan Sabah itu telah menguris hati hampir tiga juta anggota Rela di seluruh ne­gara malahan dianggap menghina kredibiliti anggota sukarelawan tersebut.

Tindakan Mohd. Shafie mengeluarkan kenyataan merendah-rendahkan keupayaan serta peranan anggota-anggota Rela bukan sahaja dianggap tidak bertanggungjawab tetapi turut memperlihatkan bekas menteri Persekutuan itu seolah-olah tidak serius dalam memastikan keselamatan di Esszone.

Kini satu Malaysia heboh dan laporan Polis telah dibuat RELA satu Malaysia mendesak mendesak bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada jabatan berkenaan.

Jelas sekali apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie telah memberi impak tidak baik kepada Rela. Justeru, Jabatan Rela mendesak beliau untuk meminta maaf secara terbuka kepada Rela dan menarik balik kenyataannya yang didakwa sebagai menghina pasukan beruniform itu. Selain itu, Shafie Apdal juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua warga Rela kerana kenyataan biadapnya itu!




No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...