Monday, 30 April 2018

TINDAKAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MEMOTONG GAMBAR TUN MAHATHIR ADALAH MENGIKUT UNDANG-UNDANG SPR






Pada 30 April 2018, satu video telah menjadi tular di laman-laman sosial apabila gambar Tun Mahathir di papan iklan telah dipotong oleh anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Ayer Hitam, Johor. Video yang dirakam netizen itu telah menjadi perbualan hangat dan ada wakil dari pembangkang yang menyelar tindakan SPR itu.

Calon PKR bagi Parlimen Ayer Hitam merangkap Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong telah mempersoal tindakan SPR dan menganggap ia tidak masuk akal. Reaksi dari Pengerusi DAP Johor itu menunjukkan kebodohan mereka yang tidak tahu mengenai undang-undang, khususnya Tata Etika Pilihanraya yang ditetapkan oleh SPR.

SPR telah menetapkan undang-undang dibawah Etika 7 Tata Etika Pilihan Raya bahawa pemasangan bahan kempen hanya membolehkan gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya dan pemimpin utama parti politik sahaja dibenarkan dalam poster dan kain rentang. Mana-mana parti politik juga tidak membenarkan memasang poster gambar pemimpin parti politik yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan. 

Mengikut undang-undang SPR, hanya pemimpin utama parti politik sahaja dibenarkan dan Tun Mahathir bukanlah pemimpin utama kerana jawatan beliau hanya pengerusi Pakatan HARAPAN dan papan iklan tersebut mempunyai logo PKR. Jadi hanya gambar Datin Seri Wan Azizah sahaja dibenarkan kerana Wan Azizah adalah Presiden PKR.

Jika pemimpin dan penyokong dari pembangkang merasakan tindakan SPR ini tidak adil, jadi kenapa SPR memotong juga gambar Datin Seri Rosmah Mansor di Yong Peng. Gambar Rosmah dipotong kerana Rosmah bukanlah calon pilihan raya. Jadi tindakan SPR adalah adil dan mengikut undang-undang tanpa mengira mana-mana parti politik. 

Tindakan SPR tersebut adalah mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan dan bukannya diarahkan oleh mana-mana parti politik. Tidak wajar untuk mana-mana pihak membuat spekulasi yang tidak betul dan pemimpin-pemimpin Pakatan HARAPAN ini kebanyakkan mempunyai latar belakang undang-undang dan mustahil jika mereka tidak tahu membaca undang-undang dari SPR.



No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...