Tuesday, 23 January 2018

CELAKA MAHATHIR HINA GRADUAN



Mahathir tak habis-habis menghina siswazah yang jual nasi lemak dan pemandu uber, ada sahaja bahan yang ada pada pembangkang. Kenapa hendak buat semua penghinaan ini? Mahathir sedang jadi screw DAP dan Pakatan Harapan untuk mendapatkan undian dan sokongan Melayu, sehinggakan terpaksa menghina siswazah. Bolehkah dapat undian Mahathir ini dengan hanya menghina siswazah? Mahathir mendakwa kononnya kewujudan siswazah jual nasi lemak dan pemandu Uber petanda kegagalan kerajaan di negara ini. Kononnya siswazah yang menjual nasi lemak dan pemandu Uber menunjukkan keadaan negara yang memalukan kerana ada graduan terpaksa berniaga sebegitu rupa. 

Memang betul apa yang Mahathir katakan, kita bukannya mahu melatih siswazah jadi penjual nasi lemak ataupun pemandu Uber, tetapu ini perniagaan, nilai perniagaan Pemandu Uber dan penjual nasi lemak sangatlah menguntungkan. Ini satu perniagaan yang baik Mahathir, rasanya Mahathir tidak bodoh, tak akan tak tahu perkara berkenaan. Penjualan nasi lemak zaman Mahathir dan Najib sangat berbeza. Jual nasi lemak zaman dulu dan sekarang jauh berbeza, Kalau sekarang ini menjual nasi lemak akan mendapat pendapatan tinggi dan atas sebab itulah ramai yang berjinak-jinak dalam perniagaan jual nasi lemak. Pendapatan yang diperolehi juga lumayan. 

Jadi apa masalahnya kepada Mahathir jika graduan menjadi pemandu Uber dan penjual nasi lemak? Kita ingat kalau kita ada segulung ijazah ataupun Master dari Institut Pendidikan Tinggi akan menjamin pekerjaan? Jawapannya tidak. Kalau kita memiliki segulung ijazah ataupun Master sekalipun kita tidak semestinya akan mendapat kerja. Malah ramai graduan di luar sana yang menganggur sedangkan mereka memiliki pendidikan tinggi. 

Kesimpulannya Mahathir seorang sahaja yang memperlekehkan graduan, mana tidaknya Mahathir perlekehkan graduan kerana anak-anak Mahathir sendiri tidak menjual nasi lemak dan jadi pemandu Uber. Bila sudah kaya dan jutawan, janganlah hina orang yang mencari rezeki yang halal dengan menjual nasi lemak dan jadi pemandu Uber.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...