Thursday, 13 July 2017

DAP MAHU PAS DIGUGURKAN DI SELANGOR

Ramai di antara pemimpin-pemimpin DAP tidak menyukai cara Datuk Seri Azmin Ali memerintah negeri Selangor kerana dia dilihat mempertahankan PAS demi kelangsungan jawatan Menteri Besarnya itu. Di antara pemimpin DAP yang lantang mempertikaikan tindakan Azmin Ali mempertahankan dan mengekalkan PAS dalam Kerajaan Selangor adalah Lim Guan Eng, Teresa Kok dan Ronnie Liu. Mereka tidak berpuas hati kerana Azmin Ali masih mengekalkan EXCO PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor sedangkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.

Tindakan ini seperti tidak mematuhi konsensus yang dibuat oleh Pakatan Harapan iaitu memutuskan hubungan dengan parti PAS. Teresa Kok turut mengkritik Azmin Ali kerana tindakannya itu hanya akan memberi gambaran buruk kepada Pakatan Harapan disebabkan PAS masih berada dalam Kerajaan Selangor. Di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melucutkan semua jawatan PAS yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jesteru itu, Kerajaan Selangor juga sepatutnya membuat perkara yang sama.

DAP sudah banyak kali mendesak Azmin Ali agar menggugurkan PAS dari Selangor namun apabila didesak, PAS masih tidak berganjak dan mahu terus kekal bersama kerajaan negeri. Tindakan ini memberi tamparan hebat buat Azmin Ali kerana tersepit dan mendapat tekanan daripada DAP dalam isu ini. Namun yang demikian, Azmin Ali dilihat pro Pakatan Harapan dan demi menyelamatkan karier politiknya sebagai Menteri Besar dia terpaksa memilih untuk mempertahankan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor.

MAHU PAS DIKELUARKAN DI SELANGOR

Jikalau dia gugurkan PAS Selangor maka dia akan menjadi Menteri Besar yang paling singkat berkhidmat untuk Selangor. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku maka taktik dan strategi kotor ini perlu diambil bagi memastikan dia tidak menanggung malu terhadap masalah yang bakal dihadapinya. Azmin Ali terpaksa bermuka-muka dengan PAS dan DAP agar jawatannya tidak hilang sebelum PRU-14. DAP akan terus mendesak Azmin Ali kerana bagi mereka mengapa perlu simpan PAS sebagai beban PH di Selangor!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...