Kuala Lumpur (Malaysia) dicatat sebagai bandar paling rendah kos sara hidup di ASEAN, manakala Singapura menduduki tangga teratas bandar paling tinggi kos sara hidup di dunia.
Dalam Kajian Sara Hidup Serata Dunia 2017 oleh The Economist Intelligence Unit, Kuala Lumpur berada di tangga ke 96.
Lima daripada enam bandar dengan kos sara hidup paling tinggi di dunia, berada di Asia. Tokyo ke-4, Osaka ke-5 manakala Seoul di tangga ke-6.
Kos sara hidup di Singapura 20 peratus lebih mahal berbanding New York yang berada di tangga ke-9 dan 5 peratus lebih mahal berbanding Hong Kong yang berada di kedudukan ke-2.
HARGA PATUT |
Laporan ini adalah berdasarkan kajiselidik ke atas harga barangan dan perkhidmatan di 133 bandar serata dunia.
Walaupun Kuala Lumpur dinilai sebagai bandar paling rendah kos sara hidup di ASEAN tapi masih ada rakyat Malaysia yang menyanggah dan tidak kurang juga mengeluh dengan kos sara hidup di negara ini.
Namun kita sepatutnya tidak perlu melatah dan menjadi sinikal terhadap isu ini. Hakikatnya di peringkat bawahan, rakyat biasa sebenarnya tertekan kerana berbelanja dengan gaya hidup mewah tapi menyalahkan kerajaan.
Berbelanja lah secara bijak dan jadi pengguna bijak kerana negara kita negara yang dikategorikan sebagai negara yang kos sara hidupnya berpatutan.
No comments:
Post a Comment