Tuesday, 26 December 2017

MAHATHIR HANYA MENJADI MANGSA DAP, TIDAK MEMBERI SEBARANG PERUBAHAN BESAR DALAM GEOPOLITIK NEGARA



Pakatan Harapan yang diketuai DAP telah meletakkan Mahathir di barisan depan dalam medan perang yang mereka cipta pada PRU-14 akan datang. Apa yang mereka mahukan? 

Manakala calon Perdana Menteri juga DAP dan PH menamakan Mahathir. Mengapa ini terjadi?

Pakatan Harapan tidak yakin dengan Azmin Ali, Lim Guan Eng mahupun Rafizi Ramli yang boleh menumbangkan UMNO. Mereka yakin Mahathir lah orangnya yang mampu memecah undi Melayu. 

Zaman Reformasi sudah berlalu. Nama Anwar Ibrahim sudah ditenggelamkan oleh tirai besi Penjara Sungai Buloh. Anwar Ibrahim bukan calon populis untuk menjadi Perdana Menteri buat masa ini.

Kapal Pakatan Harapan seakan-akan sudah terlajak jauh. Ada usaha untuk mengembalikan kedudukan Anwar tetapi di sisi Dr. Mahathir sentiasa ada DAP yang membentengi beliau. Dr. Mahathir pula sanggup berbuat apa sahaja termasuk terbaharu mengiktiraf Anwar sebagai tahanan politik bagi mematikan langkah saki-baki pengecamnya dalam gabungan pakatan itu.

Nama Tan Sri Muhyiddin Yassin juga terus tenggelam. Yang menjadi magnet kepada PPBM mahupun Pakatan Harapan ialah Dr. Mahathir. Peranan Muhyiddin tidak lebih untuk tujuan formaliti sahaja.

Kita pun ternanti-nanti apa akan berlaku dalam mesyuarat agung PPBM yang dijadual pada 30 Disember ini. Yang kita tahu parti itu sedang berhadapan dengan banyak masalah dalaman khususnya di peringkat akar umbi.

Banyak program parti ini dicemari provokasi selain kekecohan dan kacau-bilau. Di sana sini ahli-ahli menyatakan rasa tidak puas hati. Masalah kepemimpinan dan kronisme paling banyak dibangkitkan.

PPBM mempertaruhkan risiko besar pada mesyuarat agung itu yang terpaksa mereka adakan bagi memenuhi desakan akar umbi dan Perlembagaan PPBM sendiri. Kita sama-sama lihat kesudahannya mesyuarat agung tahunan pertama parti ini yang bakal dihadiri oleh 990 perwakilan daripada 137 bahagian.

Masa depan PPBM dan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri akan ditentukan dalam mesyuarat agung itu. Mesyuarat ini akan menentukan kewibawaan dan kualiti sebenar bekas-bekas pemimpin UMNO itu.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...