Friday, 2 February 2018

BEKAS PEKERJA NESTLE INI SEPATUTNYA MENDAFTAR DI BAWAH SKIM INSURANS PEKERJAAN (SIP) BUKAN HANYA PANDAI MELALAK DI MEDIA SOSIAL




Sejak 3 hari lalu tular video seorang lelaki India bekas pekerja Nestle yang marah-marah terhadap Perdana Menteri DS Najib kerana dikatakan telah dibuang kerja. Tentu ramai netizen yang simpati dan ramai juga diantara rakyat Malaysia hairan mengapa beliau betindak sedemikian. Sedangkan dirinya yang mengaku sendiri dibuang kerja kerana performance kerjanya tidak bagus selama setahun.

Bekas pekerja Nestle itu sepatutnya mendaftar di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP). Sistem ini merupakan insurans bagi melindungi pekerja-pekerja swasta kerana langit tidak selalunya cerah. SIP berperanan untuk membantu para pekerja yang hilang punca mata pendapatan atas sebab diberhentikan mahupun mereka letak jawatan kerana faktor-faktor seperti dibuli mahupun gangguan seksual di tempat kerja.

Ia diuruskan oleh SOCSO dan bertujuan membantu para pekerja ini ketika tempoh susah 6 bulan pertama sebelum mendapat pekerjaan baru. Mereka yang tidak boleh menuntut insurans SIP ini adalah mereka yang dipecat atas masalah disiplin, pekerja kontrak yang kontraknya tamat dan tidak diperbaharui dan juga para pekerja yang telah mencapai usia persaraan mandatori.

Seperti juga EPF, skim ini melibatkan caruman pekerja dan juga majikannya. Jumlah caruman pekerja adalah 0.2% dan majikan juga adalah sebanyak 0.2% (total 0.4%). Syarat minimum kelayakan caruman ini adalah bagi gaji sebanyak RM300 yang mana ini akan melibatkan caruman sebanyak RM1.20 sebulan.

Manakala nilai siling pula diletakkan pada RM4K dengan caruman maksimum sebanyak RM16 sebulan. Bermakna, sekalipun gaji anda lebih dari RM4K, maksimum caruman setiap bulan adalah sebanyak RM16 saja (RM8 sahaja dari gaji anda, dan RM8 adalah dari majikan).

Majikan wajib membayar caruman ini kepada anda dan gaji anda tidak boleh diturunkan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung bagi menampung bayaran tambahan oleh majikan anda ini. Sekiranya ini berlaku, mereka boleh didenda sebanyak RM10K atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.

Skim insurans ini boleh mula dinikmati oleh para pekerja sektor swasta bermula tahun 2019. Untunglah anda kerana kebajikan anda lebih terbela. Sekiranya anda hilang pekerjaan, melalui skim insurans ini anda layak untuk memperolehi manfaat-manfaat berikut:

1. Bantuan mencari pekerjaan baru
2. Elaun sementara mendapat pekerjaan baru (6 bulan pertama)
3. Elaun akibat kurang wang pendapatan
4. Elaun latihan
5. Kaunseling kerjaya

Pada dasarnya kebajikan pekerja yang diberhentikan seperti bekas pekerja Nestle ini ditanggung oleh SOCSO dimana pekerja ini yang membayarnya ketika masih berkhidmat. Sedikit sebanyak adalah bantuan berbanding tiada langsung pendapatan untuk menyara keluarga.

Tahun 2015 di bawah pemerintahan PM Najib adalah merupakan titik tolak kenapa kerajaan mula memikirkan langkah-langkah melindungi pekerja swasta. Seramai 6,457 telah hilang pekerjaan dengan hampir 30% antara mereka adalah pekerja sektor industri minyak dan gas akibat dari kejatuhan harga minyak global. SIP ini akan membantu meringankan beban sekiranya berlaku lagi krisis seperti ini dikemudian hari.

Amat kelakar melihat mentaliti rakyat Malaysia yang memaki hamun kerajaan atas niat mulia mereka melindungi para pekerja sektor swasta ini. Malah ada juga posting-posting di facebook yang mana pekerja sektor swasta mempertikaikan caruman demi masa depan mereka sendiri dengan berkata ia hanya bermanfaat sekiranya apa-apa terjadi kepada mereka. Jika tidak, mereka hanya mencarum kosong sahaja.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...