Nampaknya kemelut pembahagian kerusi di dalam kem Pakatan Harapan masih belum selesai lagi di penghujung bulan Disember ini. Pemimpin Kanan PH juga risau dengan keadaan ini kerana mereka saling tidak mahu mengalah dengan jumlah kerusi dan tempat yang sesuai untuk mereka bertanding.
Oleh itu parti serpihan dan parti tajaan serta parti yang baru menyertai PH masih di dalam keadaan tidak selamat bagi menghadapi PRU-14 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
PPBM masih mencari-cari tarikh yang sesuai untuk mengadakan AGM mereka sebagaimana yang dituntut oleh pihak ROS. PPBM dikatakan berjanji untuk mengadakan AGM tersebut selewat-lewatnya pada Disember ini. Namun dengan keadaan musim cuti sekolah dan musim cuti perayaan Krismas nampaknya AGM tersebut hanya tinggal harapan.
PAN pula pada masa ini sibuk mahu melobi tempat strategi yang boleh menang walaupun kita tahu dari sudut kewangan dan calon mereka memang ketandusan.
Mereka mengharapkan percaturan DAP yang bakal mengatur strategi buat mereka bagi mendapatkan undi Melayu. Cita-cita mereka yang mahu mengalahkan PAS dan memecahkan undi BN amat mustahil kerana jumlah keahlian parti ciptaan DAP itu tidak sampai pun 50K.
Jadi apa yang perlu mereka buat adalah dengar cakap DAP dan terus berusaha untuk memporak perandakan negara. Kemudian tunggu habuan untuk mereka mejelang PRU-14 nanti.
No comments:
Post a Comment