Keadaan politik Sarawak melibatkan parti DAP dengan PKR di utara Sarawak semakin meruncing apabila berlaku perasaan tidak puas hati melibatkan pencalonan semula Dr Michael Teo yang akan bertanding semula pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)nanti atas tiket PKR.
Namun begitu, bekas pengurus kawasan telekomunikasi, Ling Siew Ping Bendahari DAP yang juga Timbalan Pengerusi DAPSY Miri bakal bertanding di kerusi Parlimen Miri menggunakan tiket Bebas pada PRU-14.ini.
Ling yang juga merupakan penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan bertanding kerana tidak puas hati dengan penyandangnya, Dr Michael Teo sebagai calon PH selain tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang memuaskan dalam tempoh lima tahun.
Dr Michael Teo dipercayai tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang memuaskan dalam tempoh lima tahun malah dilabel penyokong-penyokong Pakatan Harapan sendiri sebagai 'the Sleeping MP of Miri'.
Tidak banyak dilakukan oleh Dr Michael Teo dalam tempoh 5 tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat di Miri dan perkhidmatannya kepada warga Miri juga diragui. Malah beliau juga jarang menghadiri persidangan di Parlimen dan mengemukakan masalah rakyat di sana.
Tindakan bantahan ini dibuat kerana Dr Michael Teo sudah tidak sesuai dijadikan sebagai calon PH dan tidak cukup berbakti kepada rakyat di sini.
Pendek kata, senario politik yang berlaku di utara Sarawak itu bakal merencatkan lagi perancangan politik PH di Sarawak kerana kini bukan sahaja terpaksa berdepan dengan parti BN, PH kini juga terpaksa berdepan masalah ketidak puasan hati dari kalangan penyokong-penyokong mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment