Timbul persoalan apabila Tun M memilih logo DAP daripada menggunakan logo PKR dan PAN. Jika keputusan diambil Tun M ini diambil kira, ianya mengesahkan bahawa hubungan Tun M dengan Anwar Ibrahim masih belum reda dan masih dingin hingga ke hari ini.
Di mata kasar pemerhati politik, hubungan baik antara Tun M bersama PKR adalah wayang sahaja. Mereka sebenarnya masih berdendam diantara satu dengan yang lain. Tun M lebih cenderung berbaik dengan DAP kerana dia mengetahui parti DAP antara parti terkuat di dalam PH.
PAN adalah parti nyamuk yang hanya menumpang kasih dari DAP. Bagi memastikan kesinambungan kuasa politik Mahathirisme, Tun M sanggup bersekongkol dengan DAP. Pada masa yang sama, menagih simpati agar kroni dan keturunannya diberi peluang yang lebih dalam PRU-14 kali ini.
Namun, hubungan Tun M dan DAP semakin menarik diperkatakan kerana Tun M bercita-cita untuk menjadi Presiden parti Cina itu. Adakah penyokong DAP mahu parti mereka dicemarkan oleh Tun M?
Sejarah rampasan kuasa oleh Tun M mungkin berlaku dan kita tidak hairan Pakatan Harapan kini sudah dikawal oleh Tun M. DAP adalah mangsa seterusnya kerana situasi semakin mendesak.
No comments:
Post a Comment