Wednesday, 7 March 2018

PKR GAGAL AGIH KERUSI DUN KERANA MAHU KEKAL KUASAI SELANGOR




Isu pembahagian kerusi DUN Selangor hingga hari ini masih belum dimuktamatkan lagi. Situasi ini berlanjutan apabila PKR, DAP, PAN dan PPBM membentuk Pakatan Harapan. Isu pembahagian ini tidak timbul sebelum kehadiran PPBM dalam blok pembangkang. PPBM merupakan sebuah parti baru dalam pakatan pembangkang.  Namun mereka berjaya merampas kuasa dari PKR yang sebelum ini merupakan parti yang berkuasa dalam PH. 

Presiden PKR menyatakan isu pembahagian kerusi di Selangor sudah selesai. Namun apa yang terjadi sebaliknya kerana ianya telah menimbulkan keraguan di kalangan ahli PH. Jumlah pembahagian kerusi yang sebelum  ini dipersetujui juga tidak mendapat sokongan penuh dari ahli parti PPBM yang rata-rata mahukan kerusi lebih. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli parti lain. PKR tidak akan melepaskan kerusi yang dimenangi pada PRU 13 yang lalu kerana mereka  mahu mengekalkan kuasa di Selangor. 

PPBM adalah sebuah parti pengacau dalam usaha PKR mengekalkan Selangor dalam pemerintahan mereka. Masih banyak lagi hasil utama kerajaan negeri yang belum dirogol oleh mereka. DAP juga mengintai peluang untuk menambah jumlah kerusi yang mereka menangi di DUN Selangor. Jumlah 14 kerusi yang mereka menangi dalam PRU 13 masih tidak mencukupi malahan mereka tidak mahu kerusi tersebut hilang kepada PPBM.

Keputusan yang dibuat oleh PKR dalam menentukan jumlah kerusi DUN di Selangor juga mendapat bantahan dari PAN yang mahu jumlah kerusi tambahan. PAN merupakan sekutu PKR, DAP yang mewakili serpihan PAS sebelum ini. PAS telah mengisytiharkan keluar dari pakatan kerana tidak sehaluan dengan mereka. PAN yang bertegas mahu bertanding di kawasan yang dimenangi oleh PAS sebelum ini. Kerana PAN berkeyakinan akan mendapat sokongan besar dari masyarakat kawasan tersebut.

Pilihanraya kali ini akan menjadi medan pertarungan antara parti kerana terdapat kawasan yang akan menjadi pertembungan tiga penjuru. Semua calon parti mahukan kawasan yang boleh menang bukannya disifatkan sebagai kawasan malap. Sesetengah kawasan pertembungan akan menguntungkan pihak lawan kerana masih ramai rakyat keliru dengan apa yang PPBM perjuangkan.

Rakyat yang dihidangkan dengan permainan politik PKR dan PPBM di mana DAP menjadi master mine yang hanya melihat permainan mereka. Akibatnya Melayu akan berpecah dan ini akan menguntungkan DAP. Parti DAP hanya menggunakan PPBM dan PAN untuk mendapatkan sokongan orang melayu sahaja. Mereka tidak memperdulikan maruah orang Melayu kerana yang penting DAP boleh memerintah Malaysia seperti Singapura yang dikuasai oleh orang cina.

Rakyat haruslah pandai menilai parti yang manakah layak mentadbir Malaysia adakah mereka yang mementingkan parti atau peribadi sahaja. Jangan hanya menggunakan kedudukan sebagai wakil rakyat untuk mengaut sebanyak mana kekayaan dan kroni sahaja. Contohnya sehingga hari ini Mukhriz masih tidak dapat mengisytiharkan punca kekayaannya dan ini telah menjadi tanda soal kepada semua ahli PPBM. 


No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...