Maria Chin Abdullah rupa-rupanya sudah memasang hajat yang lama untuk menjadi wakil rakyat semasa menyertai NGO Bersih. Akhirnya pekung di dada terungkai apabila Maria Chin melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersih 2.0 untuk menyertai bidang politik.
Usaha Maria Chin akhirnya mencapai titik noktah dalam Bersih apabila beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersih dan mengumumkan bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Maria akan menawarkan diri sebagai ahli Parlimen dan calon bebas Pakatan Harapan (PH). Keputusan Maria Chin ini sebenarnya satu tindakan yang tiada pendirian kerana sebelum ini beliaulah yang beria-ia untuk memperjuangkan isu pilihan raya.
Ini bermakna perjuangan Bersih sudah tidak relevan lagi untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih di negara ini. Akhirnya keputusan Maria Chin untuk menjadi calon pada PRU-14 akan datang sebenarnya satu tindakan ibarat meludah ke langit dan terkena muka sendiri.
Persoalannya, mengapa mengubah haluan dari NGO kepada bidang politik. Adakah Maria Chin sudah menghidu habuan yang bakal diterima bila menjadi ahli politik nanti.
Bukankah selama ini, Maria Chin mempertikaikan sistem pilihanraya negara! Mengapa kali ini mahu menjadi calon untuk PRU. Jika beliau menjadi calon PRU-14 ternyata apa yang diperjuangkan olehnya dan Bersih hanya ibarat kerja sia-sia yang tiada manfaatnya.
Bersih hanyalah dijadikan sebagai alat kepadanya untuk menyertai politik. Realitinya apa yang dibawa Bersih semuanya palsu dan tidak benar. Maria Chin sebenarnya tahu bahawa pilihan raya negara adalah telus, bersih dan adil. Jika tidak, mana mungkin Maria Chin mahu jadi calon dalam PRU-14 nanti.
No comments:
Post a Comment