Wednesday, 21 March 2018

MASA DEPAN PENJAWAT AWAM LEBIH TERJAMIN BERSAMA KERAJAAN SEDIA ADA


Baru-baru ini gempar dalam satu forum yang dihadiri oleh Mukhriz Mahathir, beliau ada menjelaskan bahawa jika Pakatan Harapan memerintah antara perkara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pemerintahan mereka adalah dengan memecat pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang sedang berkhidmat.

Antara yang menjadi sasaran beliau adalah Ketua Polis Negara, Panglima ATM, KSU, Ketua-Ketua jabatan dan penjawat awam yang berkhidmat dengan parti Barisan Nasional selama ini.

Ini adalah kali kedua pemimpin Melayu mengancam untuk memecat dan mengurangkan penjawat awam. Sebelum ini Nurul Izzah juga pernah memberi amaran bahawa penjawat awam akan dikurangkan jumlahnya sekiranya Pakatan Harapan memerintah.

Mereka yang terlalu lantang mengkritik penjawat awam ini sebenarnya lupa atau tidak sedar bahawa bangsa Melayu lah yang banyak memegang jawatan penting di dalam sektor awam selama ini. Mereka ini jugalah yang menggalas tanggungjawab untuk melaksanakan dasar kerajaan dan sanggup membanting tulang bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Adakah Mukhriz dan Nurul Izzah mahu merealisasikan hasrat DAP yang mahu menukar semua pegawai tertinggi kerajaan terutamanya ketua bahagian keselamatan iaitu dari PDRM dan ATM dengan bangsa Cina yang berideologikan pemerintahan DAP?

Tony Pua, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa lagi pemimpin DAP memang jelas matlamat mereka mahu mengurangkan jumlah penjawat awam dengan alasan jika jumlah penjawat awam terus dikekalkan, kerajaan akan terus terbeban seterusnya meningkatkan perbelanjaan negara.

Adakah kewujudan penjawat awam membebankan selama ini? Adakah mereka boleh jadi kaya raya kerana makan gaji?

Adakah bangsa lain selain bangsa Melayu sanggup bersusah payah menggadaikan nyawa, menghabiskan masa serta tenaga mereka untuk memastikan segala urusan rakyat dapat diselesaikan dengan mudah dan teratur?

Kalau ada bangsa lain pun hanya dalam jumlah yang kecil dan merekalah yang sebenarnya permata yang rakyat perlukan bagi memenuhi kuota non bumiputera untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...