Pakatan Harapan diketuai DAP dilihat buntu untuk ‘melawan’ kerajaan Barisan Nasional dalam manifestonya melibatkan sektor kesihatan apabila menawarkan rakyat Skim Peduli Sihat yang hanya mempunyai had maksimum RM500 setahun untuk ke klinik swasta.
Skim yang sudah dilaksanakan di Selangor itu dilihat hanya akan menguntungkan klinik swasta sedangkan kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di hospital malah diwujudkan lagi Klinik 1Malaysia untuk kemudahan.
Bukan itu sahaja, Skim Peduli Sihat juga boleh menggalakkan pembaziran serta ketirisan apabila pemegang kad Skim Peduli Sihat boleh sengaja memanfaatkan peluang yang ada dengan mendapatkan rawatan walaupun tiada keperluan mendesak semata-mata mahu menghabiskan had maksimum tersebut pada setiap hujung tahun.
Sebagai rekod dalam Bajet 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan untuk kesihatan sebanyak RM27 bilion, lebih RM2 bilion daripada Bajet 2017 membuktikan bagaimana kerajaan tidak pernah berkompromi berkenaan hak rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan.
Skim Peduli Sihat tidak sesuai dijalankan di Malaysia yang sudah mempunyai banyak pusat kesihatan seperti Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik 1Malaysia, Klinik Pergigian Kerajaan dan macam-macam pusat kesihatan yang disediakan untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment