Sudah 2 penggal, Kerajaan PKR Selangor memerintah dan
mentadbir negeri Selangor iaitu dari tahun 2008 hingga 2018. Apakah
perubahan-perubahan dan penambahbaikan yang dibawa oleh Kerajaan PKR kepada rakyat
Selangor?
Dalam tempoh 10 tahun, bermacam-macam masalah dan krisis
berlaku sepanjang pentadbiran Kerajaan PKR Selangor yang jelas menunjukkan
kelemahan Kerajaan Pakatan dalam mengurus tadbir negeri Selangor. Seolah-olah
Kerajaan Pakatan tidak mengambil serius dalam menangani masalah negeri dan juga
masalah rakyat.
Contoh terbaik ialah masalah dan krisis Air Selangor yang
sehingga ke hari ini belum mencapai jalan penyelesaiannya. Masalah air yang
kritikal berlaku di Selangor menyebabkan rakyatnya menderita sekian lama kerana
kerajaan PKR lebih mengutamakan agenda politik berbanding membela nasib rakyat.
Selain daripada itu, lebih 60 peratus rumah Projek Perumahan
Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah di negeri Selangor berdepan dengan masalah
penyelengaraan. Kelemahan pemerintahan negeri yang menjadi punca kemerosotan
kualiti penyelenggaran bangunan PPR dan rumah kos rendah. Mengikut statistik,
terdapat lebih kurang 600,000 penduduk yang menduduki perumahan PPR dan rumah
kos rendah di Selangor.
Di samping itu, pengundi di Selangor yang mengundi Pakatan
Rakyat ketika itu terpaksa membayar harga yang mahal dan menanggung seksa
akibat mengundi Pakatan Pembangkang yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS dari
PRU-12 hingga PRU-13. Ke mana perginya tag line Negeri Berkebajikan ketika
Kerajaan PKR terus menekan rakyat dengan cukai-cukai yang tinggi seperti cukai
tanah.
Isu-isu lain juga menjadi tumpuan rakyat Selangor seperti
isu sampah sarap, jalan raya berlubang dan penyelewangan kuasa dalam Kerajaan
yang semakin berleluasa. Contohnya sudah ada lihat sahaja kes penahanan SPRM ke
atas ahli Keluarga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali ke atas salah guna kuasa dan rasuah.
Rakyat Selangor kini sedang memerhatikan tindak tanduk
Kerajaan PKR yang semakin keterlaluan. Ini lah masanya untuk semua rakyat
Selangor menilai semula prestasi Kerajaan Selangor yang kian merundum dan tidak mencapai KPInya.
PRU-14 adalah tempat terbaik untuk menterjemahkan ketidakpuasan hati rakyat
agar dapat menyelamatkan negeri Selangor daripada terus dilanda krisis!
No comments:
Post a Comment