Pakatan Harapan (PH) memutuskan empat parti sekutu dalam gabungan itu akan bertanding menggunakan satu logo atau simbol pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Keputusan itu akan menyaksikan calon PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) bakal menggunakan logo atau simbol salah satu daripada empat parti itu.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan itu berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang sehingga kini tidak memberi jawapan terhadap permintaan untuk PH didaftar sebagai gabungan parti pembangkang yang sah.
Semua parti sudah menyatakan kesediaan membenarkan logo atau simbol parti masing-masing digunakan, namun kepemimpinan gabungan itu belum memutuskan logo atau simbol parti mana yang akan digunakan calon bagi mewakili PH.
Adakah PH akan memilih parti DAP sebagai logo mereka PRU14 nanti? ataupun menggunakan parti logo PKR. Yang pasti parti logo seperti Amanah dan PPBM semestinya tidak akan membawa sebarang impak kepada PH kerana kedua-dua parti ini masih baru dan tidak mempunyai sokongan yang kukuh.
Jesteru kini tinggal opsyen sama ada PH hendak menggunakan logo parti DAP atau PKR untuk PRU14 jikalau ROS tidak memenuhi permintaan PH untuk mendaftar sebagai gabungan parti kerana beberapa kekangan.
Risikonya tentu besar buat PH, jika mereka memilih untuk menggunakan logo parti komponen parti mereka. Jika menggunakan logo DAP, mahukah orang-orang Melayu mengundi PH kerana ramai orang Melayu menolak DAP? Sebaliknya jika menggunakan logo PKR, mahukah penyokong cauvinis DAP menerima logo ini kerana mereka juga mempunyai harga diri yang kuat terhadap parti.
Pendek kata, penggunaan salah satu logo parti komponen PH akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong tegar parti dalam PH. Sudah pasti parti masing-masing mahu logo mereka digunakan sebagai logo untuk PRU14 nanti. Persoalannya kini, logo parti manakah yang akan dipilih Dr Mahathir nanti?
No comments:
Post a Comment