Friday, 16 March 2018

ADAKAH PENYERTAAN MAHFUZ DALAM PARTI AMANAH PILIHAN TEPAT BAGINYA?





Mahfuz mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Amanah Negara (PAN), sekali gus menjawab teka teki yang beliau timbulkan selepas meninggalkan PAS pada 1 Januari lalu.

Walau bagaimanapun lawannya parti PAS menyifatkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, sebagai seorang yang terhegeh-hegeh untuk menyertai PAN walaupun sudah ditolak sebagai calon di kerusi berkenaan.

Nasib Mahfuz dalam politik ibarat hidup segan mati tak mahu kerana selepas sekian lama keluar daripada PAS, tiada mana-mana parti yang mempelawanya untuk menyertai parti politik mereka.

Malah PAN sudah memberi mesej jelas bahawa mereka menolak Mahfuz sebagai calon di Pokok Sena. PAN Kedah sebelum ini didakwa menolak nama Mahfuz yang juga penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena untuk bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 
Sumber mendakwa, penolakan sebulat suara itu dibuat dalam satu mesyuarat PAN Bahagian Pokok Sena, baru-baru ini. Namun itu, adakah pemilihan yang dibuat Mahfuz itu tepat atau akan mendatangkan kesan kepada karier politiknya. Mahukah PAN memberi kerusi kepada Mahfuz bertanding pada PRU-14 nanti kerana PAN telah menyenarai pendek calon-calon mereka.

Jika parti PAN sekadar dijadikan parti batu loncatan buat Mahfuz untuk menyambung kesinambungan karier politiknya maka tidak mustahil karier politik Mahfuz kini berada di hujung tanduk.

Mahfuz kini ibarat terdesak untuk menyertai mana-mana parti politik Pakatan Harapan. Jesteru itu, untuk mengurangkan tekanan pada dirinya, PAN menjadi pilihannya. Jikalau Mahfuz menyertai PPBM sudah pasti lebih banyak kecaman akan berlaku ke atasnya. Namun itu, karier politik Mahfuz sebenarnya sudah tenggelam sebaik saja beliau keluar parti PAS.


No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...