Wednesday, 7 March 2018

SIKAP EGO GUAN ENG BAKAL MEMAKAN DIRINYA SENDIRI JIKA MASIH DEGIL UNTUK BUAT PERMOHONAN MAAF






Isu terowong dasar laut Pulau Pinang ini adalah satu isu yang sangat menjadi perhatian rakyat Malaysia khususnya rakyat Pulau Pinang. Kos pembinaan terowong tersebut yang dianggarkan bernilai hampir RM6.34 bilion. Projek ini dipercayai telah berlakunya penyelewengan wang kerana kos pembinaannya adalah sangat tinggi dan tidak munasabah. 

RM305 Juta untuk bayaran Kajian impak dan reka bentuk jalan adalah terlalu mahal. Masalah mula berlaku apabila percanggahan antara Ketua Menteri dan Exco Kerajaan Negeri mengenai pembayaran awal RM208 Juta tersebut. Lim Guan Eng kata belum bayar tetapi Lim Hock Seng (Exco) kata sudah dibayar. 

Di dalam isu ini orang yang bertanggungjawab untuk menjawab isu ini adalah Lim Guan Eng. Namun Guan Eng terpaksa menggunakan helah politiknya dengan cuba mengalihkan perhatian kes tersebut kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Individu yang menjadi mangsanya adalah Datuk Seri Abdul Azeez iaitu Ahli Parlimen Baling. 

Guan Eng telah membuat tuduhan kepada Datuk Azeez bahawa beliau telah menerima wang rasuah sebanyak RM3 juta daripada syarikat Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd sebagai bayaran rundingan projek dasar laut tersebut. Tuduhan Guan Eng ini disangkal sekeras-kerasnya oleh Datuk Azeez kerana beliau menyatakan bahawa beliau sendiri tidak pernah berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium Zenith Construction, Zarul Ahmad Mohd. 

Terbaru, pihak syarikat Konsortium Zenith sendiri telah pun memohon maaf dan menarik semula tuduhan rasuah ke atas Datuk Azeez. Merujuk kepada pengumuman tersebut secara tidak langsung telah membuktikan bahawa Datuk Azeez sememangnya tidak bersalah dan beliau telah difitnah oleh Lim Guan Eng untuk mengalihkan perhatian terhadapnya. 

Inilah cara dan taktik kotor yang telah saban tahun digunakan oleh pihak pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan. Mereka sanggup melakukan fitnah terhadap mana-mana individu yang mempunyai pengaruh yang kuat di dalam kerajaan hanya untuk mengaburi mata rakyat untuk terus membenci kerajaan. 

Selepas sahaja pihak Zenith membuat permohonan maaf, Datuk Azeez telah meminta Lim Guan Eng untuk membuat permohonan maaf secara terbuka untuk membersihkan semula namanya. Guan Eng digesa untuk membuat permohonan maaf dalam masa 4 hari. Sekiranya Guan Eng gagal untuk berbuat sedemikian maka Datuk Azeez akan mengheret Guan Eng ke muka pengadilan. 

Guan Eng umpama diluah mati bapa ditelan mati emak didalam situasi ini. Sekiranya beliau tidak memohon maaf beliau bakal dijatuhkan hukuman dan sekiranya permohonan maaf dilakukan ia bakal menjatuhkan reputasinya sebagai seorang menteri. Datuk Azeez jelas tidak bersalah dan Guan Eng tidak mahu menarik semula tuduhan rasuah tersebut kerana bimbang rakyat Pulau Pinang hilang kepercayaan terhadapnya sekaligus bakal mempengaruhi keputusan PRU akan datang. 

Pihak pembangkang akan gunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan reputasi kerajaan sekali pun terpaksa melakukan fitnah tanpa mempunyai bukti. Semoga Kerajaan Barisan Nasional dihindari dari segala fitnah pembangkang yang semakin berleluasa ini.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...