Tuesday, 6 March 2018

KERAJAAN PKR DI BAWAH AZMIN ALI MASIH GAGAL SELESAIKAN ISU AIR DI SELANGOR


Masalah bekalan air yang sering kali terputus terus menjadi igauan ngeri buat rakyat Selangor apabila masalah bekalan air ini kerap menjadi masalah buat mereka setiap tahun. 

Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sehingga kini gagal menangani masalah bekalan air terawat meskipun Kerajaan Persekutuan difahamkan telah menyediakan peruntukan kira-kira RM22.3 bilion dalam tempoh 10 tahun sejak 2010 untuk tujuan berkenaan. 

Apabila membicarakan isu perkhidmatan bekalan air di Selangor serta kawasan di Lembah Klang ini, ianya telah menjadi satu isu yang berulang-ulang setiap tahun, seolah-olah tiada jalan penyelesaian diambil secara serius oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini.

Daripada isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor yang belum dijayakan sepenuhnya, masalah kadar air tidak terhasil (NRW), sehinggalah kepada persoalan kualiti serta agihan bekalan air. Namun kerajaan ne­geri seakan-akan tidak mengambil berat akan perkara itu meskipun ia telah banyak menjejaskan kehidupan seharian rak­yat.. 

Ternyata kerajaan negeri hanya menggunakan pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu sebagai 'umpan' bagi menutup kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan bekalan air terawat kepada para pengguna.

Walhal realitinya, isu bekalan air ini seakan-akan tiada jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat. Ini kerana masalah bekalan air terawat dilihat semakin parah sehinggakan ada penduduk yang dilaporkan terpaksa bangkit menuntut penyelesaian segera diambil pentadbiran Azmin Ali. 

Hakikatnya Kerajaan PK Selangor masih gagal meningkatkan perkhidmatan bekalan air dan sering kali membawa masalah kepada para pengguna di kawasan Lembah Klang termasuk di negeri Selangor! 




4 comments:

  1. Lembabb btoiii...naya rakyat oiii..

    ReplyDelete
  2. PKR masih gagal menangani masalah air Selangor dan sentiasa beri masalah kepada rakyat di negeri Selangor.....langkah yg baik lebih baik tukar pucuk pimpinan yg lebih berwibawa ke arah kemajuan dan keselesaan rakyat.

    ReplyDelete
  3. MB tak buat keja..rakyat derita..

    ReplyDelete
  4. Isu bekalan air di Selangor tidak pernah selesai ...Sampai bila penduduk di Selangor harus tunggu.

    ReplyDelete

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...