Pakatan Harapan menyokong LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) kerana ia merupakan hak asasi kumpulan itu.
Malah perjuangan beberapa buah NGO ke arah feminisme seperti WDC (Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS (Sister In Islam) sememangnya memperjuangkan hak asasi mereka yang mengamalkan LGBT dan hubungan sejenis di negara kita.
Dalam Himpunan Wanita Bantah Politik Toksik di hadapan Maju Junction di ibu negara tahun lepas, terdapat poster yang menggambarkan dua wanita bertudung memegang bendera LGBT dengan kata-kata berbunyi “Lesbian is not a crime, it is a gift from God”.
Perhimpunan itu yang dihadiri oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Marina Mahathir, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, bekas presiden Badan Beguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah seolah-olah tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam yang mengamalkan budaya ketimuran yang kuat.
Malah Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan isteri Datin Seri Shamsidar Taharin juga bertepuk tangan sepanjang himpunan tersebut berlangsung menandakan mereka setuju dengan agenda LGBT.
Mereka sebenarnya sudah terdesak untuk menang politik dan mereka sanggup untuk mencari pengaruh mereka di dalam Malaysia dengan mengangkat golongan yang tidak bermoral dan dilaknat Allah swt ini untuk mendapatkan sokongan dan undi atas tiket hak asasi manusia yang dicipta sendiri oleh manusia di negara barat.
Namun, apa yang boleh kita lakukan sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang sayangkan keturunan dan kesucian kerohanian dalam hidup seharian, kita wajib menolak golongan LGBT dan Pakatan Harapan yang banyak bersubahat dengan perkara yang mengundang masalah sosial yang telah menjadi barah kepada penduduk seluruh dunia ini.
No comments:
Post a Comment