Tuesday, 13 March 2018

PENGORBANAN RELA DIHARGAI KERAJAAN TETAPI TIDAK BAGI SESETENGAH PIHAK


Kenaikan elaun anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak memberikan makna yang cukup besar bagi 3.05 juta anggota yang berkhidmat dalam pasukan itu. 

Perdana Menteri mengumumkan kenaikan elaun anggota Rela daripada RM6 kepada RM8 sejam.
Bagi pegawai, mereka turut menerima kenaikan elauan daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia. Peruntukan itu bagi pembelian uniform kepada kesemua anggota dan pegawai Rela. 

Pengumuman ini dibuat semasa Perdana Menteri merasmikan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Ke-46 Peringkat Kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). 

Namun begitu, pada bulan Januari tahun ini, Presiden Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone). 

Bukan setakat memperlekehkan peranan RELA Shafie Apdal juga mempertikaikan tindakan menempatkan anggota RELA yang tidak mahir mengendalikan senjata api untuk penugasan di ESSZone. Baginya anggota RELA hanya sesuai untuk perkhidmatan kawalan trafik di majlis kenduri saja. 

Pendek kata, ada sesetengah pihak tidak menghargai langsung pengorbanan dan kemampuan RELA sebagai agensi keselamatan sampingan buat negara. RELA juga memainkan peranan penting sebagai benteng keselamatan negara dan pengorbanan pasukan itu diiktiraf serta dihargai pihak kerajaan. 

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...