Monday, 5 March 2018

GST JELAS KAEDAH PERCUKAIAN YANG BAIK TETAPI PAKATAN HARAPAN MASIH POLITIKKAN ISU TERSEBUT MENUNJUKKAN KECETEKAN PEMIKIRAN PEMIMPINNYA



Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP menggunakan isu lapuk basi seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk mempengaruhi rakyat dan menanamkan perasaan benci rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Barisan Nasional. Kononnya jika parti pembangkang Pakatan Harapan menang maka GST akan dihapuskan. Nampak sangat apa sahaja yang dilakukan oleh Najib dan Kerajaan Barisan Nasional semuanya salah. Mereka menuduh kerajaan bersikap zalim terhadap rakyat tetapi apa yang kita sebagai rakyat tidak sedar sebenarnya kita sendiri telah menzalimi terhadap pemerintah apabila kita terima sahaja bulat-bulat apa yang mereka katakana tanpa menyiasat terlebih dahulu. 

Parti pembangkang Pakatan Harapan sebenarnya bukan mahu memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat tetapi hanya memperjuangkan hak mereka semata-mata. Tetapi mereka mempergunakan rakyat untuk merealisasikan matlamat demi kepentingan diri sendiri. Adakah pemimpin seperti parti pembangkang Pakatan Harapan kita mahu pilih menjadi wakil kepada rakyat? Apakah kita mahu memilih pemimpin seperti Pakatan Harapan menerajui negara kita? 

Inilah cara Pakatan Harapan bermain politik, mereka akan RACUN minda kita dengan berbagai-bagai dakyah dan fitnah sehingga mereka berjaya. Ingatlah juga satu perkara. Sistem GST ini sudah pun dibincangkan pada zaman Tun semasa beliau memegang tampok pemerintah yang semasa itu menteri kewangannya adalah Anwar Ibrahim. Tetapi kerana mahu melaksanakan pada masa itu masih belum dapat dilakukan.Selepas Tun, zaman Pak Lah juga ada dibuat perbincangan mengenai GST ini dan akhirnya di zaman Najib terlaksanalah GST.

Kelak dikatakan nanti jika pembangkang memerintah apakah GST akan benar-benar dihapuskan? Atau mereka akan tukar nama sahaja tetapi sistem GST juga mereka akan gunapakai. Apakah mereka sanggup nak turunkan cukai kurang daripada 6% seperti ini atau kembali kepada sistem lama iaitu SST?Fikir guna otak yang waras. Jangan guna nafsu sebagai pengganti kepada otak kita

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...