Monday, 5 March 2018

MASALAH AIR SEPERTI TIADA NOKTAH PENAMAT BUAT PENDUDUK SELANGOR DAN AKAN TERUS BUAT RAKYAT DERITA






Isu masalah bekalan air di Selangor dan Lembah Klang sememangnya bukan asing lagi buat mereka. Penderitaan mereka yang sering menghadapi masalah bekalan air yang kurang dan tidak cukup sudah cukup membuat diri mereka berasa terseksa dan ditindas oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali. 

Selangor akan terus menghadapi masalah ini selagi Menteri Besar Selangor ini tidak mampu menyelesaikan segera segala perjanjian penstrukturan semula industri penting itu. 

Masalah air ini telah disuarakan oleh ratusan Penduduk di Cheras yang jelas kecewa dengan Kerajaan PKR Selangor yang didakwa masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini yang dilihat semakin hari semakin buruk. Hal ini telah menyebabkan kesukaran bagi penduduk di sana untuk menjalani kehidupan seharian mereka dengan baik. 

Secara logiknya ialah, jika masalah ini kekal berterusan maka penduduk akan lebih menderita sekiranya musim kemarau tiba nanti. Bagaimana mereka ingin menghadapinya nanti jika Kerajaan Selangor masih lagi tidak mahu mendengar suara penderitaan mereka? 

Di fahamkan bekalan air bagi penduduk di Lembah Klang seringkali terganggu apabila mereka terpaksa menjalani kehidupan seharian mereka tanpa bekalan air selama berhari-hari. Selain itu, masalah kualiti air yang semakin buruk dan tekanan air yang rendah telah menimbulkan rasa marah buat semua penduduk di Lembah Klang. Kualiti air yang mereka terima adalah amat-amat kotor dan kelihatan sungguh jijik untuk digunakan. 

Prestasi buruk pemerintahan Azmin Ali ini bukan sahaja bakal memberi kesan buruk terhadap rakyat malah akan turut menjejaskan pembangunan baharu serta kemampanan bekalan air di Negeri Selangor. Azmin Ali harus segera menyelesaikan dan melengkapkan baki perjanjian dengan kerajaan persekutuan supaya masalah ini dapat ditangani. 

Usaha baik kerajaan Selangor untuk memberikan bekalan air secara percuma dilihat begitu baik. Namun, penduduk lebih menagihkan sistem bekalan air yang baik dan lebih stabil dari Kerajaan Negeri Selangor untuk mereka menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. 

PRU-14 dilihat semakin hampir, namun apakah kehendak dan kemahuan oleh penduduk di Negeri Selangor masih sama untuk memilih PKR untuk terus memerintah Selangor atau rakyat Selangor mahukan perubahan dengan memilih Barisan Nasional sebagai pengganti kepada PKR? Sememangnya suara majoriti rakyat Selangor adalah penantian yang paling dinanti-nantikan pada PRU-14 nanti. 

Isu ini juga tidak semestinya di ambil berat oleh Kerajaan Negeri Selangor sahaja, namun kerajaan di setiap negeri harus mengambil isu ini sebagai pengajaran dan iktibar kepada mereka. Keselesaan rakyat perlu di ambil berat kerana rakyat telah pun memberikan tanggungjawab dan kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan rakyat. Semoga isu air di Selangor ini dapat disegerakan tindakannya demi keselesaan mereka.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...