Wednesday, 7 March 2018

KAPAL PELAYARAN EQUANIMITY YANG DITAHAN DI INDONESIA SAH BUKAN MILIK JHO LOW






Kapal pelayaran mewah yang ditahan pihak berkuasa Indonesia yang didakwa milik Jho Low akhirnya terjawab apabila pihak yang melakukan siasatan mengesahkan pemiliknya adalah seorang jutawan kelahiran Korea-Amerika yang memiliki rangkaian perniagaan FOREVER 21.

Sebelum ini kecoh pihak pembangkang terutamanya Tun M dan Rafidah Aziz yang menyatakan pelbagai tohmahan dan dakwaan bagi memburukkan lagi keadaan yang berlaku di Indonesia itu. Namun mereka sebenarnya hanya membuat andaian dan bukan mahu menyiasat ataupun menunggu hasil siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa Indonesia.

Ini sudah tentu satu malu yang amat besar pernah dialami oleh Mahathir dan Rafidah. Mahathir sibuk menjaja cerita konon kapal itu adalah milik Jho Low. Manakala Rafidah Aziz pula kononnya pernah melihat kapal tersebut juga mungkin atas tiket persepsi dan bukan realiti.

Mentaliti seorang mantan PM dan seorang mantan Menteri yang bersifat kebudak budakan ini sepatutnya tidak dibenarkan mengulas di dalam media serta di khalayak ramai.

Dakwaan tanpa bukti yang dibuat mereka akan merumitkan lagi keadaan dan mereka juga sebenarnya terpengaruh dengan liputan media pro pembangkang yang hanya menulis tanpa berlandaskan etika sebagai wartawan dan penulis.

Sifat ini jika dibiarkan akan meruntuhkan sebuah kerajaan yang harmoni seperti Malaysia. Rakyat perlu berhati-hati dengan berita yang keluar dari pemimpin pembangkang dan juga alat propaganda mereka seperti Malaysiakini FreeMalaysiaToday dan MalaysianInsight.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...