Wednesday, 14 March 2018

PEMBANGKANG TERPAKSA BOHONG RAKYAT UNTUK TUTUP KELEMAHAN MEREKA






Dakwaan pihak pembangkang bahawa Negara Malaysia bakal bankrap adalah satu pembohongan besar. Ia adalah salah satu cara untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka dan ingin mengalih perhatian rakyat kepada isu yang lain.

Selangor telah dilanda tsunami “air hilang” dimana hampir kesuluruhan kawasan di Lembah Klang telah mengalami masalah air. Rakyat terpaksa bangun awal pagi untuk beratur mengambil bekalan air bersih dari lori pembekal air yang disediakan.

Baru-baru ini telah berlaku “perang mulut” di antara Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak dan Dato’ Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor. Pertikaman lidah di antara mereka telah berlaku di Parlimen semasa sidang Dewan Rakyat.

Situasi tegang itu bermula apabila Ahli Parlimen Gombak iaitu Azmin Ali bertanyakan berkenaan hutang Negara dan isu 1MDB dan beliau cuba membayangkan bahawa Malaysia bakal menjadi Negara bankrap. Sejurus giliran Ahli Parlimen Pekan untuk menjawab soalan yang diberikan, Datuk Seri Najib terlebih dahulu telah menyindir secara sinis pemerintahan Azmin Ali dengan berkata “ Isu hutang Negara tidak kritikal seperti isu air di Selangor sekarang”.

Tindakan Azmin Ali yang bertanyakan soalan sedemikian adalah salah satu cara untuk beliau cuba menutup isu yang sedang hangat di Negara iaitu isu air di Selangor. Datuk Seri Najib menyindir Azmin adalah kerana itu adalah kenyataannya kerana ia ibarat “gajah depan mata tidak nampak, semut jauh nun disana dia boleh Nampak”. 

Semua sedia maklum bahawa hutang Negara Malaysia telah diuruskan dengan baik dan teratur. Dakwaan Malaysia bakal bankrap adalah salah satu cara untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya pemerintahan di bawah Datuk Seri Najib Razak adalah lemah.

Tahap hutang negara berada pada 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu kekal tidak melebihi tahap 55 pe­ratus yang telah dihadkan. Setakat 28 Februari lalu, rizab antarabangsa negara mencatatkan jumlah sebanyak RM419.5 bilion.Selain itu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) juga menunjukkan pe­ningkatan daripada RM4.48 pada Disember 2016 kepada RM3.92 pada 28 Februari lalu.

Selain itu, Perdana Menteri menjelaskan, kemampuan kerajaan menguruskan kewangan negara terus mendapat pengiktirafan apabila badan antarabangsa memberi penarafan maksimum “A” sedangkan pada masa sama, negara-negara pengeluar minyak utama dunia menyaksikan gred yang menurun.

Kita harus yakin dan percaya Malaysia akan terus menjadi sebuah Negara maju jika Datuk Seri Najib Razak terus diberi mandate untuk memerintah Negara. Sepanjang era pemerintahan Dato’ Sri Najib telah banyak pencapaian yang membanggakan telah kita kecapi. Tahniah D

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...