Monday, 12 March 2018

DAHULU KATA TIADA HUBUNGAN TAPI AKHIRNYA ZAIRIL DAN DYANA BERTUNANG


Selepas bermain ‘tarik tali’ mengenai hubungan percintaan yang tercetus selama ini, pasangan politik sensasi DAP Pulau Pinang Zairil KhirJohari dan Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud akhirnya melangsungkan majlis pertunangan sabtu lalu. 

Dengan pertunangan ini, sekurang-kurangnya mereka tidak lagi perlu menyembunyikan atau menafikan foto-foto dan video yang sudah jelas benar sejak beberapa tahun lalu. 

Hubungan rahsia di antara kedua-dua pemimpin ini tidak perlu disembunyikan kedua-dua pemimpin DAP ini lagi. Ternyata gambar-gambar intim kedua-dua mereka yang menjadi tular di media sosial membuktikan bahawa mereka sudah mempunyai hubungan sejak dahulu lagi. 

Jesteru itu, mereka tidak perlu berdrama lagi dan berpura-pura untuk menyelindungi hubungan sebenar mereka dengan berlangsungnya pertunangan ini. 

Dengan hubungan rahsia yang terjalin ini, tidak mustahillah rumahtangga Zairil bergelora dan berpecah. Difahamkan, pada 5 Oktober tahun lalu Zairil telah menceraikan isteri keduanya Noor Dahlia Hamzah yang dikahwininya pada 11 Julai 2011, namun tidak dapat dipastikan mengenai kesahihannya. 

Zairiljuga pernah mendirikan rumahtangga dengan isteri pertama yang dikenali sebagai Ulfah pada 7 Julai 2005. Pasangan kontroversi itu difahamkan bercadang untuk melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini. 

Skandal Zairil dan Dyana Sofya sebenarnya mula terpalit dengan kontroversi selepas beberapa keping gambar mesra mereka tular di laman sosial pada Oktober 2014. 

Skandal mereka semakin panas apabila sebuah rakaman video yang memaparkan dua individu mirip Dyana Sofya dan Zairil sedang rancak menarik di sebuah kelab malam menjadi tular di laman sosial pada April tahun lalu. 

Ia terus menjadi teka-teki apabila Dyana Sofya seolah tidak menafikan atau mengesahkan individu di dalam rakaman tersebut. 

Namun, pada Februari lalu Dyana Sofya sekali lagi diajukan dengan pertanyaan mengenai isu tersebut pada program bual bicara secara langsung di laman Facebook sebuah akhbar, tetapi beliau dilihat ‘mengelak untuk menjawab’, dan menukar kepada topik lain. 

Secara rumusannya, kedua-dua pemimpin ini cuba menyembunyikan hubungan rahsia mereka selama ini dengan harapan agar orang ramai tidak mengetahuinya. Malangnya rahsia mereka bocor apabila hubungan Zairil dengan Dyana didedahkan dan menjadi tular di media sosial. 

Tidak mustahil bahawa majlis pertunangan ini adalah sebagai satu langkah DAP untuk menutup skandal yang berlaku ke atas kedua-dua pemimpin DAP Melayu ini. Bagi menyelamatkan karier politik mereka, maka majlis ini perlu diadakan untuk menamatkan terus spekulasi hubungan kedua-dua pemimpin DAP ini. 



No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...