Thursday, 1 March 2018

PAS TERUS DIPERLEKEHKAN PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN


PAS terus menjadi mangsa sasaran Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus mengkritik dan memperlekehkan keupayaan Pas sebagai parti yang tidak mampu untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini. 

Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP itu menyifatkan PAS sebagai pengacau untuk menarik undi Pakatan Harapan. Dalam PRU-14 ini Dr Mahathir berharap agar rakyat jangan mengundi dua parti iaitu dacing (Barisan Nasional) dan bulan (PAS). Bulan ini tidak boleh menang, dia buat kacau sahaja. Baginya Bulan ada untuk sokong BN. 

Selain Dr Mahathir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali juga seolah-olah sedang mempermainkan PAS Selangor apabila menyekat peruntukan tahunan kepada 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Selangor. 

Azmin Ali yang sehingga kini masih berdolak-dalik memberikan sebarang kata putus mengenai penyaluran peruntukan tersebut yang belum diperoleh oleh wakil-wakil rakyat PAS sejak hampir dua bulan lalu ADUN-ADUN PAS ketika ini terpaksa menggunakan kewangan sendiri untuk membiayai program rakyat di peringkat kawasan masing-masing. 

Malah, selain peruntukan tahunan, wakil-wakil rakyat PAS juga turut dinafikan hak mendapatkan kad di bawah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk diagihkan kepada rakyat di kawasan masing-masing. Sebaliknya, agihan kad KISS itu dilakukan oleh Ketua Cabang PKR setiap kawasan DUN yang diwakili oleh PAS. 


Pendek kata, pemimpin PH kini sedang melemahkan parti PAS dari segi kewangan dan sokongan. Pelbagai tindakan diambil secara kasar oleh PH bagi mengagalkan usaha PAS agar parti itu menjadi lemah. Isu perang psikologi PH terhadap PAS dan sekatan peruntukan tahunan kepada wakil-wakil rakyat PAS sudah pasti ada unsur-unsurcampurtangan dari peringkat kepimpinan tertinggi PH termasuk DAP!








No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...