Thursday, 15 March 2018

DEMI MASA DEPAN MUHKRIZ, DR MAHATHIR SANGGUP KHIANATI MELAYU DENGAN BERSEKONGKOL DENGAN DAP


Kesedia­an Tun Dr. Mahathir Mohamad bertanding atas tiket DAP bukan sesuatu yang mengejutkan ke­rana Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sanggup berbuat apa-apa sahaja demi memastikan cita-cita anaknya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Rakyat sebenarnya boleh menilai betapa tingginya nafsu politik bekas Perdana Menteri itu walaupun diketahui DAP sebelum ini merupakan seteru nombor satu Dr. Mahathir sejak sekian lama.

Sudah pasti ramai yang orang-orang Melayu kecewa apabila seorang bekas Presiden UMNO sanggup menggadaikan prinsipnya untuk bersama DAP. Tidak terkecuali juga dengan PKR yang jatuh air mukanya kerana kini Pakatan Harapan kini diketuai musuh utama Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.

Sebelum ini Dr. Mahathir sudah cuba menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri melalui UMNO, tetapi gagal. Disebabkan punca inilah, Dr. Mahathir kini membuka parti baharu iaitu PPBM dan beliau juga sanggup bertanding atas tiket DAP jika partinya dibubarkan.

Demi menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri, pelbagai cara hendak dibuatnya. Dr. Mahathir kini sangat terdesak untuk memastikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau sudah me­nyatakan kesediaannya untuk bertanding atas tiket DAP jika pendaftaran partinya dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Pendek kata, Dr. Mahathir kini sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi impiannya dan mendahulukan agenda anaknya Mukhriz. Tidak mustahil Dr. Mahathir dan pembangkang akan menggunakan taktik kotor semasa PRU-14 antara menyebarkan fitnah dan berita palsu sebagai senjata untuk mencapai cita-cita politik mereka.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...