Ekoran tindakan saman peneroka pada 13 Mac lalu, lebih ramai peneroka bangkit dan berani menampilkan diri untuk menuntut hak mereka.
Tindakan ini diambil berikutan tindakan 113 peneroka di mukim Ijok yang menyaman Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kerajaan negeri berhubung skandal penjualan 880 hektar tanah di kawasan itu, pada awal bulan ini menyebabkan lebih ramai peneroka mengambil langkah sama.
Setakat hari ini dianggarkan seramai 250 peneroka telah menyertai untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azmin Ali dan angka itu dijangka akan meningkat kepada 500 orang dalam tempoh terdekat.
Sebelum ini mereka tidak sedar ada unsur kecuaian dan penipuan dalam penyelesaian itu serta tidak berani kerana bimbang kehilangan hak mereka.
Apaa yang pasti penyelesaian tanah di mukim Ijok yang dikendalikan kerajaan negeri jelas merugikan peneroka.
Difahamkan apa yang peneroka tuntut ialah faedah lewat siap rumah yang dianggarkan sebanyak RM230,000 bagi setiap peneroka yang tidak disebut dalam penyelesaian itu.
Peneroka juga mahu menuntut baki kira-kira 400 hektar tanah mereka di kawasan itu yang turut tidak dinyatakan dalam perjanjian penyelesaian itu.
Tindakan mahkamah itu diambil kerana kecuaian kerajaan negeri dalam perjanjian penyelesaian sehingga menyebabkan peneroka kehilangan hak mereka.
Di samping itu juga, perjanjian penyelesaian juga didapati berat sebelah dan hanya berpihak kepada satu pihak sahaja yang mana peneroka menerima kerugian yang besar berbanding keuntungan besar pihak pembeli tanah berkenaan.
Jesteru itu, tindakan saman ini adalah satu tindakan proaktif peneroka bagi menuntut semula hak mereka yang diketepikan oleh Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
No comments:
Post a Comment