Dakwaan dan kenyataan-kenyataan Lim Guan Eng terhadap Rosmah
Mansor yang mendesak isteri Perdana Menteri meletak jawatan sebagai Penaung
Program Permata Negara (Permata) sebagai sesuatu yang dangkal dan menjelikkan.
Apakah hak pemimpin DAP menganggap Rosmah tiada kelayakan menerajui Pertama
sedangkan selama ini Rosmah yang menerajui Permata. Pemimpin DAP hanya mampu
bercakap ikut sedap mulut sahaja tanpa menggunakan akal fikiran dan otak
mereka.
Berhentilah bercakap ikut sedap mulut pemimpin DAP, sebelum
bercakap adalah lebih baik Pemimpin DAP membuat kaji selidik sebelum bercakap.
Ini yang menjadi persoalan adakah pemimpin DAP membuat research? Adakah mereka
tahu Rosmah Mansor adalah lulusan Sarjana Muda Pengajian Sosiologi dan
Antropologi dan juga Pemegang Sarjana Bidang Sosiologi.
Ini membuktikan bahawa Rosmah pakar dalam bidang sosiologi
dan ini sudah menggambarkan kemampuan, kehebatan dan kepakaran Rosmah Mansor
membawa dan menerajui Permata ke arah kecemerlangan dan kejayaan pada masa
hadapan. Kita dapat melihat kehebatan Rosmah isteri kepada Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak. Kenapa pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng
mempersoalkan jawatan Rosmah sebagai Penaung Permata?
Kita mempersoalkan sekarang ini kalau mahu dibuat
perbandingan mengenai siapa yang layak memegang jawatan cuba tepuk dada tanya
selera tanya Lim Guan Eng adakah beliau pakar dan hebat dalam kajian air
sampaikan beliau layak dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan
Bekalan Air Pulau Pinang? Rasanya orang seperti Lim Guan Eng perlu diajar atau
mendaftarkan diri dalam kelas Permata agar lebih faham sedikit mengenai
istilah, peranan serta tanggungjawab Penaung dalam sesebuah organisasi.
Kesimpulannya orang seperti Lim Guan Eng seharusnya tutup
mulut dan jangan lagi mempersoalkan Rosmah sebagai Penaung Permata. Hanya
golongan yang bodoh, kolot dan bengap seperti Lim Guan Eng sahaja yang
berfikiran kolot dan tidak mahu melihat golongan kanak-kanak di negara ini
mendapat pendidikan awal terbaik.
No comments:
Post a Comment