Krisis air Selangor sudah berlarutan sejak negeri itu jatuh ke tangan pembangkang dan nampaknya menjadi duri dalam daging kepada pembangunan negeri.
Kesannya bukan sedikit dan menimpa bukan sahaja kepada industri, menyebabkan kerugian berbilion ringgit, tetapi lebih menyedihkan menyebabkan rakyat kebanyakan yang sudah dihimpit pelbagai masalah semakin menderita.
Keadaan rumah, premis peniaga kecil bahkan masjid dan surau menjadi busuk dan berbau hancing. Pesakit yang memerlukan rawatan berasaskan air terpaksa menanggung azab.
Penderitaan ini telah menyebabkan rakyat terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri untuk menampung keperluan keluarga masing-masing.
Semua inisiatif kerajaan negeri yang kononnya mahu membantu rakyat menjadi sia-sia. Perbelanjaan dan kerugian berganda-ganda dan lebih besar ditanggung rakyat berbanding inisiatif yang disediakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ketika semua rekod buruk ini terpampang di depan mata, apakah khususnya rakyat Selangor boleh mempercayai manifesto Pakatan Harapan sekali lagi?
Setiap kali menjelang pilihan raya umum, mereka datang menabur bulan dan bintang. Begitulah sandiwara pakatan pembangkang dengan janji dongeng mereka.
Helah dan tipu daya wujud dalam banyak janji yang dilaungkan mereka. Banyak sekali janji bulan bintang pakatan pembangkang yang sebenarnya hanyalah dongeng ketika mereka yang mahu merampas kuasa.
Apabila berkuasa nanti, apa yang dikhuatiri berlaku ialah seperti krisis air di Selangor yang tiada jalan penyelesaiannya selama tempoh 2 penggal PKR memerintah.
Paip menjadi kering berhari-hari dan tidak berkesudahan. Rakyat menderita, industri lumpuh dan pembangunan negara bakal terencat atau binasa sama sekali.
No comments:
Post a Comment