Wednesday, 28 March 2018

PAKATAN HARAPAN TANPA FITNAH IBARAT CACING YANG SEDANG KEPANASAN






Sudah menjadi lumrah dan juga asam garam politik di Malaysia apabila pihak pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) akan cuba untuk memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN). PH akan melakukan 1001 cara untuk menumbangkan BN supaya mereka berjaya untuk memerintah Negara. 

Salah satu cara yang dilihat begitu berkesan dan berjaya PH mainkan adalah dengan melancarkan fitnah secara berleluasa terhadap BN khususnya Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak. Mereka akan melancarkan fitnah dan juga menyebarkan berita palsu dengan pelbagai cara. 

Antara medium yang menjadi kegemaran untuk melancarkan fitnah mereka adalah melalui social media, akhbar, web portal dan termasuk juga menggunakan kuasa campur tangan Negara asing. Ia sekaligus dilihat akan mempengaruhi dan menguasai minda rakyat supaya membenci kerajaan BN. 

Politik kebencian yang dibuat-buat oleh PH ini telah menunjukkan bahawa PH sangat ketandusan idea dan begitu terdesak untuk mereka mendapatkan kuasa politik supaya boleh memerintah Negara. PH sepatutnya perlu berusaha sendiri untuk menyaingi kerajaan BN dengan bersaing untuk menjadi yang lebih baik dari BN, bukan dengan membuat fitnah terhadap BN semata-mata untuk menjatuhkan mereka. 

Terbaru Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar telah pun diluluskan oleh Kabinet. Ia seolah telah merencatkan sedikit moral dan keyakinan PH untuk menang pada PRU akan datang. 

Kelihatan ramai sekali pemimpin-pemimpin PH sudah tidak senang duduk dengan berita ini. Antaranya ialah Lim Kit Siang dan Mat Sabu. Mat sabu berkata RUU Antiberita Tidak Benar ini adalah seperti ISA yang telah diwujud dan dilaksanakan pada zaman era pemerintahan Tun Mahathir. 

Jika diteliliti semula RUU Antiberita Tidak Benar ini adalah jauh sekali perbezaannya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri( ISA). RUU yang dicadangkan ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada lambakan berita yang tidak benar dan pada masa yang sama bertujuan untuk memastikan hak kebebasan bercakap dan bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan dihormati. 

Penggubalan undang-undang baharu ini bagi mengekang penyebaran berita palsu tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyekat kebebasan bersuara dan tahanan tanpa bicara. 

RUU Antiberita Tidak Benar ini juga telah mendapat sokongan oleh Agung iaitu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berkenan menzahirkan sokongan untuk menggubal undang-undang bagi menangani penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial. Baginda bertitah, media sosial amat berpengaruh dalam membentuk nilai dan budaya sesuatu masyarakat di negara ini. 

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita harus memperkukuhkan jati diri kita supaya kita tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang. Kita perlu lebih saling hormat-menghormati di antara satu sama lain supaya Negara Malaysia akan kekal aman dan makmur.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...