Tuesday, 20 March 2018

BUDAYA PARTI DAP, SUKA LOMPAT KAWASAN SETIAP KALI PILIHAN RAYA!


DAP adalah sebuah parti yang hanya pandai bermain mulut dan mengambil kesempatan ke atas sesuatu isu dan perkara. Tidak mustahil juga amalan tradisi untuk melompat dari satu kawasan ke kawasan baru setiap kali pilihan raya berlangsung akan dipratikkan oleh wakil rakyat DAP. 

Perkara ini bagaikan 'tradisi turun-temurun' DAP yang menjadi amalan mereka sejak dahulu demi memastikan hayat politik calon-calon mereka terus bernyawa selama mungkin. 

Belum sempat sejuk berita Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin akan 'berubah angin' bertanding di Johor untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan datang, timbul lagi berita melibatkan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim yang dikhabarkan akan bertanding di Kuala Kubu Bharu dan Sungai Pelek. 

Ada-ada sahaja pemimpin DAP yang suka 'lari' apabila mendapati mereka tidak berjaya berkhidmat dengan baik di kawasan masing-masing, jadi sebelum mereka 'dihukum', lebih baik mereka beredar segera. 

Mereka cuba membaca pemikiran politik pengundi Cina. Mereka fikir pengundi Cina akan pangkah mana-mana sahaja calon yang membawa logo DAP, sebab itu mereka berani tukar kawasan dengan kerap. 

Sebenarnya mereka terperangkap dalam permainan politik mereka sendiri. Semasa berkempen mereka beri bermacam-macam janji tetapi setelah menang, mereka tidak berjaya untuk lunaskan semua. Maka sebagai jalan pintas, mereka lari ke kawasan lain. 

Jelas di sini amalan ini merupakan warisan daripada permainan 'politik sarkas' Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Lim Kit Siang sendiri suka bertukar-tukar kawasan. Bak kata pepatah melayu, "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari". 



No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...