Friday, 30 March 2018

MAHATHIR SEORANG PENDENDAM MAHU SEMUA KATANYA DITURUTI





Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunaikan permintaan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dendam kesumat apabila beliau bertindak menyerang pentadbiran Najib.

Permintaan itu membabitkan menswastakan Malaysia Airlines System (MAS) kepada salah seorang rakannya, memberi lesen judi sukan dan bantuan berbilion ringgit kepada Proton. Perkara ini didedahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See To menyatakan jika dilihat secara menyeluruh serang Dr Mahathir bermula apabila anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal merebut jawatan Pemuda UMNO pada 2008 dan Naib Presiden UMNO 2013.

Bermula dari detik itu hingga pemecatan Mukhriz sebagai Menteri Besar dendam itu tidak pernah padam maka dengan itu tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengangkat semula beliau sebagai Perdana Menteri.

See To berkata, berang dengan kekalahan anaknya dan menyalahkan Najib kerana tidak menyokong Mukhriz dan menuduh Najib menyokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menewaskan Mukhriz bagi jawatan terakhir Naib Presiden.

Malah katanya, secara terbuka Mukhriz menyatakan dia mahu dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, namanya tidak disenaraikan pada pengumuman 30 November 2013.

“Najib berpendapat Mukhriz yang baharu sahaja diberikan jawatan Menteri Besar Kedah memerlukan lebih banyak pengalaman dan membuktikan dirinya.

“Malah selaku Menteri Besar, dia seharusnya turut serta dalam Mesyuarat Majlis Tinggi UMNO kerana jawatan yang disandang itu.

“Saya yakin Mahathir tidak akan gembira dengan apa yang berlaku di mana beliau menyatakan berulangkali “mereka terhutang budi kepada saya” dan yakin bahawa beliau adalah individu yang menaikkan Najib sebagai Presiden kerana Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, dan ‘budi’ yang sama perlu dikembalikan kepada Mukhriz,” katanya.

See To berkata, ketika hari pertama Perhimpunan Agung UMNO pada 2 Disember 2013, Mahathir membuat pengumuman bahawa beliau meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas, dengan memberi alasan usia 88 tahun adalah terlalu uzur dan doktor turut menasihatkannya untuk mengundur diri atas faktor kesihatan.

Tambah pula, Lembaga Pengarah Petronas melapor terus kepada Perdana Menteri, dan selepas bercuti selama lima bulan Mahathir menjawat jawatan Pengerusi Proton Berhad pada Mei 2014.

“Proton sudah mengalami kerugian sejak DRB-Hicom, yang dimiliki rakan lamanya, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih syarikat itu dua tahun lalu, Proton tidak lagi milik kerajaan dan menjadi milik 100 peratus syarikat persendirian.

“Sebelum Mahathir dilantik sebagai pengerusi, kerajaan telah menolak beberapa permohonan dari Proton berjumlah berbilion ringgit sebagai bantuan kerana ia adalah sebuah syarikat persendirian.

“Selalu Pengerusi Proton beliau bertindak memberikan tekanan kepada kerajaan bagi menyalurkan geran berbentuk geran percuma RM3 bilion kepada Proton sebagai bantuan. Ini kerana dia berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya menolak permohonan itu,” katanya.

See To menjelaskan beberapa individu telah menyatakan Mahathir kecewa ekoran keengganan Petroleum Nasional Berhad dan kerajaan untuk memberi dana RM3 bilion bagi pelan transformasi Proton dan ini menyebabkan beliau memilih untuk memainkan peranan dalam syarikat pembuat kereta nasional itu menurut laporan The Edge ketika itu.

Mahathir sendiri berulangkali berkata Proton berhak menerima geran berkenaan dari kerajaan kerana ‘Proton memang berhak.

Bagaimanapun, kerajaan masih menolak permohonan itu yang turut menyebabkan Mahathir menulis mengenai keputusannya untuk tidak lagi menyokong Najib melalui satu tulisan pada 18 Ogos 2014.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...