Monday, 19 March 2018

MEMALUKAN - GUAN ENG TERKINJA-KINJA MENARI LAGU GST DEPAN KANAK-KANAK DAN IBU BAPA PROGRAM TUISYEN RAKYAT




Sikap Ketua Menteri Pulau Pinang yang sanggup membawa cakera padatnya sendiri ke Majlis Pelancaran Tuisyen Rakyat di Pulau Pinang menjadi bahan tawa dan kecaman netizen.

Ini berikutan kandungan cakera padat yang dibawa ke majlis pelancaran tersebut hanya mengandungi lagu ABC yang telah diubah suai senikatanya menjadi lagu GST.


Usaha Lim Guan Eng ini adalah tidak lain dan tidak bukan sebagai usaha untuk menutup lubang salahlakunya berkaitan isu skandal banglo, terowong dasar laut, penjualan tanah Pulau Pinang dan bermacam-macam lagi keburukan yang telah dilakukannya.

Tidak boleh diterima akal seorang Ketua Menteri yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan negeri terkinja-kinja dan menyanyi lagu GST yang tiada kaitan dalam silibus pembelajaran kanak-kanak.

Pendekatan tersebut hanya mengundang kebencian daripada kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat kerana ibu bapa yang hadir mahukan anak mereka dapat pendedahan pelajaran baru disamping menambah pengetahuan mengenai jati diri dan sebagainya.

Tapi malangnya, anak-anak mereka cuba dirosakkan minda dengan amalan politik sempit, politik benci membenci dan cubaan mengubah persepsi buruk kepada sistem percukaian yang dilaksanakan di dalam negara.

Malah senikata yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut mempunyai unsur-unsur negatif mengenai diet pemakanan kanak-kanak dan norma kehidupan yang negatif tidak sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak.

Lim Guan Eng sepatutnya didakwa dan dia sebenarnya sudah hilang pertimbangan diri kerana dibelenggu dengan masalah peribadi serta kes mahkamah yang masih belum selesai.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...