Wednesday, 28 March 2018

APA DAH JADI DENGAN PKR! BARU-BARU INI AHLI PKR DI SELANGOR KELUAR PARTI, KALI INI DI KELANTAN PULA




Belum sampai pun 2 minggu 250 ahli PKR di Klang, Selangor memilih untuk keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada parti kini timbul pula tindakan keluar parti 80 ahli di Kelantan secara mengejut. 

Keretakan PKR ini mulai memperlihatkan parti ini yang semakin goyah menjelang pilihan raya umum ke-14 dan ahli-ahli yang keluar parti memilih untuk menyertai parti Barisan Nasional ataupun PAS. 

Terbaru seramai 80 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Gua Musang mengumumkan keluar parti dan menyertai PAS dengan alasan hilang keyakinan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan. 

Timbalan Ketua PKR Cabang Gua Musang, Syed Azhar Syed Alwi dan 80 ahli PKR di Kelantan memilih keluar parti kerana PKR kini sudah hilang hala tuju lebih-lebih lagi selepas kemasukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan. 

Selain itu mereka kecewa dengan sikap parti-parti dalam Pakatan Harapan yang terus bercakaran dan berebut kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selain sikap buruk PAN yang gemar menabur fitnah di Kelantan. 

Kemasukan Tun Dr. Mahathir Mohamad serta parti baharunya ke dalam PH dilihat tidak menguntungkan politik Melayu bahkan kepentingan Islam itu sendiri. 

Dr. Mahathir sebagai penyebab utama wujudnya PKR, ditentang kerana pelbagai langkah zalim beliau suatu ketika dulu, kini diangkat pula sebagai calon Perdana Menteri. Detik hitam ini tidak sepatutnya berlaku dan ramai lagi ahli PKR akan memilih untuk meninggalkan parti tersebut. 




No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...