Mukhriz Mahathir hanya pandai berjanji untuk menyelesaikan masalah air di negeri Kedah apabila dia bersama Pakatan Harapan. Adakah ungkapan yang dikeluarkannya hanya gula-gula politik semasa demam pilihanraya bermula?.
Namun, anak kepada mantan Perdana Menteri ini tidak pernah mempunyai perancangan yang khusus mengenai permasalahan tersebut semasa dirinya menyandang jawatan Menteri Besar Kedah sebelum ini.
Adakah rakyat Kedah mahu terus ditipu atau terus mempercayai Mukhriz yang mempunyai rekod "GAGAL" untuk menjadi pemimpin yang baik kepada rakyat Kedah?
Untuk makluman semua, Kerajaan Pusat telah meluluskan projek menaiktarafkan lima buah loji rawatan air bernilai lebih RM600 juta di Kedah.
Ia melibatkan Loji Rawatan Air Jenun Baru, Loji Rawatan Air Pelubang, Loji Rawatan Air Bukit Selambau, Loji Rawatan Air Sungai Limau, Loji Rawatan Air Lubuk Buntar Lama; kesemua projek dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Rakyat Kedah harus bersabar dan jangan mudah terhasut dengan dakyah dan taktik kotor segelintir pemimpin Pakatan Harapan yang suka menangguk di air yang keruh.
No comments:
Post a Comment